Nasik Lemak Pagi

30 August 2010

Menghampiri Aidilfitri


Raya ini tahun tak bnyk sangat yang gua fikirkan. Mungkin disebabkan belum bercuti dan ada masa utk segala benda berkaitan raya nih.

Tapi alang-alang takde. Masih sempat gua angkat satu suit Kurta Khamis yang lepas dekat Masjidil Shah Alam buat melaram di pagi raya nanti. Tapi satu scene raya gua dah terbayang dengan ketiadaan seorang ahli keluarga gua yang terpaksa beraya nun di NZ. Nasib baik ktorang tak p beraya kat sana. Katanya Nuzul Al-Quran baru-baru depa cuti gak.

Tapi tatau la kalau-kalau pagi ni gua amik masa ke Jalan TAR tu.

Puasa dah sampai ke penghujung jadi ape lu orang rasakan?


Ramadhan tahun ini dh nk sampai ke penghujungnya. Jadi gua bersyukur jgk la sihat walafiat utk buat ibadat puasa nie.

Bulan puasa ini, macam-macam yang orang cerita. Makan. Fadhilat puasa, terawikh (agama) dan macam-macam lagi la.

Dan rasanya ramadhan dah menghampiri ke 10 malam yang terakhir.

"SEPULUH hari terakhir bulan Ramadhan sangat istimewa dibanding hari-hari lain. Pada hari-hari tersebut, Nabi bersungguh-sungguh dan memperbanyakkan ibadah pada hari-hari tersebut. Dalam kitab Sahih Muslim disebutkan sebuah riwayat dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh dalam beribadah di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan - HR Muslim "

*********************************************

Barclays Premier League


Entri yang pertama seumpanya yang melibatkan liga paling popular kt dunia nih.

Semalam berakhirnya perlawanan ketiga liga yang menyaksikan Chelsea terus mendahului liga selepas menang 2-0 menentang Stoke City. Dengan 14 jaringan tanpa bolos dalam tiga perlawanan, Chelsea dilihat agak kukuh dan mantap di barisan pertahanan serta ghairah dalam menjaringkan gol.

Mengekori rapat adalah pasukan Arsenal, Man Utd serta Aston Villa. Arsenal meneruskan kemenangan dan kali ini Blackburn berjaya dikalahkan dengan jaringan 2-1 menerusi Walcott dan juga Arshavin. Kemenangan ini penting dalam usaha memburu kejuaraan. Sebelum itu, Wenger terseyum dengan selepas berjaya mendapatkan pertahanan Perancis, Squillaci bagi mengukuhkan lagi pertahanan tengah. Pemain berpengalaman penting dalam memberi pendedahan kepada pemain muda. Hehe.

Man Utd pula bernasib baik atas jaringan Rooney, Nani dan Belbatov untuk kemenangan ke atas West Ham.

Pasukan berharga juta-juta pound sterling kecewa dan seharusnya menyalahkan diri sendiri setelah tewas 0-1 dengan Sunderland apabila Bent menjaringkan gol menerusi sepakan penalti di akhir-akhir permainan. Nampaknya Sheikh Mansoor kena cari pemain baru lagi sebelum tirai perpindahan ditutup esok lusa.

Sementara itu di kem Liverpool, mereka mengalu-alukan kedatangan pemain baru yang dibeli dari Porto iaitu Raul 'tattooo' Meireles. Dengan adanya si tattoo nie, Hodgson mengharapkan kejuaraan liga selepas berpuluh tahun kempunan. Nampaknya peluang mereka berjaya dihidupkan semula selepas menang 1-0 ke atas WBA malam tadi.

27 August 2010

UCL Kembali



UEFA Champion League kembali untuk musim 2010/11 dengan kehadiran beberapa pasukan baru untuk saingan kali ini. Liga yang menghimpunkan pasukan-pasukan yang berstatus juara di liga-liga domestik selain pasukan yang menduduki senarai teratas liga.

Berikut adalah senarai lengkap pasukan yang bertanding mengikut kumpulan masing-masing.

Kumpulan A Internazionale Werder Bremen Tottenham Hotspur FC Twente
Kumpulan B Olympique Lyon SL Benfica Schalke 04 Hapoel Tel-Aviv
Kumpulan C Manchester United Valencia Rangers Bursaspor
Kumpulan D FC Barcelona Panathinaikos FC Kobenhavn Rubin Kazan
Kumpulan E Bayern Munich AS Roma FC Basel CFR Cluj
Kumpulan F Chelsea Olympique Marseille Spartak Movska MSK Zilina
Kumpulan G AC Milan Real Madrid Ajax Amsterdam AJ Auxerre
Kumpulan H Arsenal Shakhtar Donetsk SC Braga Partizan Belgrade

Sementara itu di kem Arsenal, seperti tahun-tahun sebelumnya diletakkan di dalam pasukan yang mudah bagi mereka untuk melepasi peringkat kumpulan. Wenger menegaskan, pasukan muda beliau tetap dengan harapan untuk menjuarai edisi kali ini.

22 August 2010

Bulan Puasa

salam ramadhan,
bley tahan lama juga gua tak menghabiskan masa nak buat enrti baru nie.
Jadi sempena bulan Ramadhan, satu yang gua harapkan puasa cemerlang. Btol ke tidak tu, takkan la gua nk kabor kt sini. kehkehkeh.

***

Kembali bersama EPL

Untuk musim baru nie. Semalam adalah match pertama tontonan gua untuk musim ini. Seperti biasa gua menonton perlawanan Arsenal.
Dan semalam mereka menang mudah 6-0 yang pada awalnya gua predict 4-0. Tapi memang xleh nk dibanggakan sgt, sebabnya lawan team yang baru nk menaik. Tapi satu bagus jugak la Blackpool nie, depa main memang organize, cuma lepas ref kasi red card kt depa punya center defend, trus main x berapa nk jadi. Nampak kucar kacir. Jadi overall game Arsenal gua tak berapa nk puas hati, new signing Chamark tak berapa nk 'ngam'. Bnyak peluang disia-sia kan.