Saingan Piala Malaysia 2011 kembali meneruskan aksi minggu ini melibatkan kesemua perlawanan bagi setiap kumpulan. Dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini akan menentukan kemana hala tuju pasukan masing-masing dalam usaha meneruskan saingan ke peringkat suku akhir nanti. Persaingan sengit ini semestinya memberi sedikit tekanan kepada pasukan-pasukan pilihan yang masih belum menunjukkan aksi yang memberansangkan malah bergelut dengan prestasi tidak menentu. Berlainan pula dengan pasukan yang diangkap bukan pilihan, tiba-tiba menunjukkan aksi konsisten dan mampu memberikan saingan kepada pasukan pilihan.
Paling mencuri tumpuan adalah pasukan Felda United yang sehingga perlawanan ke 4 peringkat kumpulan, mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Dengan 3 kemenangan dan satu seri pada perlawanan yang lepas, sudah cukup buat anak-anak buah E. Elavaresan menghuni tangga teratas kumpulan C mengatasi juara bertahan, Kelantan. Malah kejayaan menewaskan Kelantan di laman sendiri seakan memberi amaran pasukan berstatus kelab ini bersedia untuk pergi lebih jauh saingan kali ini.
Perak yang sebelum ini tidak diberi pilihan mengejutkan apabila menghuni tangga teratas Kumpulan A dengan 10 mata hasil 3 kemenangan dan satu seri. Ketiadaan ramai pemain utama akibat pergantungan oleh FAM tidak merencatkan perancangan Cikgu Jan, apabila barisan pemain pelapis mereka ternyata memberikan persembahan konsisten. Kemenangan ke atas Sabah dan Kedah baru-baru ini cukup penting untuk menghidupkan peluang ke suku akhir. Skuad warga kota bimbingan bekas pemain negara, Razip Ismail, turut mencuri tumpuan apabila berjaya menduduki tangga kedua Kumpulan D dengan 8 mata. Hasil kemenangan ke atas T-Team dan Polis, Kuala Lumpur berjaya mengatasi juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor di tangga ketiga. Kebangkitan skuad ini hasil kerja keras pemain-pemain muda mereka dalam usaha memburu tempat ke suku akhir.
KUMPULAN A
Kedah vs Sabah
Perlawanan penting buat pasukan bimbingan Wan Jamak. Hanya mengumpul 4 mata setakat ini, hanya kemenangan yang mampu menghidupkan peluang skuad Kenari ke suku akhir. Status pasukan pilihan seharusnya memberikan semangat kepada mereka untuk memberikan aksi bertenaga untuk perlawanan ini. Beraksi dihadapan penyokong sendiri seharusnya digunakan sebaiknya untuk mengatasi Sabah.
Bagi jurulatih Sabah, Justin Ganai, perlawanan ini disifatkan sebagai satu peluang untuk mereka ke saingan seterusnya. Anak-anak buah beliau perlu mengatasi serangan-serangan dan gerakan dari barisan Kedah selain menggunakan peluang yang mereka ada sebaiknya. Baginya satu mata paling kurang dapat dibawa pulang ke Sabah nanti.
Johor vs Perak
Untuk saingan musim ini, Johor hanya memperolehi satu mata setelah seri 3-3 menentang Kedah dalam aksi yang lepas. Hanya keajaiban yang mampu membawa mereka ke suku akhir. Namun, skuah Lebah tetap ingin meneruskan saingan dan tidak membenarkan Perak mudah mengatasi mereka. Aksi di tempat sendiri perlu digunakan sebaiknya. Sementara itu, Perak tidak mahu menjadikan perlawanan ini terlalu mudah untuk mereka melakar kemenangan. Gandingan penyerang muda, Failee Ghazali dan juga Shafiq Jamal perlu menggandakan asakan jika mereka ingin menjadikan Johor mangsa seterusnya.
KUMPULAN B
PKNS vs Terengganu
Menghuni tangga ketiga kumpulan B, PKNS Selangor dilihat masih berpeluang untuk ke saingan seterusnya dan mereka harus menewaskan Terengganu untuk terus bersaing. Kejayaan menumpaskan Negeri Sembilan baru-baru ini seharusnya memberikan tonik dan semangat buat mereka untuk meneruskan aksi cemerlang. Bagi Terengganu, selepas berhempas pulas menewaskan Sime Darby 1-0 baru-baru ini, anak-anak buah Irfan Bakti perlu meningkat tahap permainan jika tidak mahu terjerat dengan pihak lawan. Peluang yang terhidang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin barisan serangan Terengganu. Kemenangan akan menghidupkan peluang mereka ke suku akhir.
Sime Darby vs Negeri Sembilan
Kekalahan besar 0-5 di Seremban harus dilupakan, mereka perlu mencatatkan kemenangan pertama malam ini. Walaupun peluang ke suku akhir sudah tertutup rapat, mereka perlu sekurang-kurang keputusan seri bagi saingan kali ini. Semangat sepertimana ketika bertemu Terengganu seharusnya hadir sekali lagi untuk perlawanan kali ini. Azraai Khor tidak memandang mudah cabaran Sime Darby kali ini, ketika harapan ke suku akhir sudah berakhir, baginya Sime Darby tetap turun memburu kemenangan pertama.
KUMPULAN C
Johor FC vs Kelantan
Anak-anak buah Azuan Zain sebenarnya masih berpeluang untuk ke suku akhir jika mereka memenangi dua aksi akhir peringkat kumpulan selain bergantung kepada pasukan lawan. Sebagai semi finalis musim lepas, mereka perlu memberi saingan sengit kepada juara bertahan sekurang-kurangnya meraih keputusan seri. Beraksi di tempat sendiri sememangnya memberi kelebihan kepada mereka untuk melakar kemenangan kedua peringkat kumpulan. Bagi Kelantan, aksi tidak konsisten terutamanya barisan serangan seharusnya diperbaiki lagi jika ingin melakar kemenangan dan seterusnya memberikan saingan kepada Felda United. Barisan serangan Kelantan yang diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan perlu menggunakan peluang keemasan di depan gawang. Untuk aksi sebelum ini, mereka dilihat begitu bermasalah untuk menterjemahkan peluang kepada jaringan. Kehadiran semula penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi seakan memberi semangat kepada anak didik M. Karathu setelah beraksi cemerlang untuk skuad Olimpik kebangsaan baru-baru ini.
Sarawak vs Felda United
Gagal memperoleh sebarang kemenangan untuk saingan kali ini. Robert Alberts perlu melakukan sesuatu untuk sekurang-kurang seri bagi perlawanan ini. Dilihat sebagai pasukan yang mampu memberikan saingan pada awalnya, Sarawak seakan hilang taring apabila menerima kekalahan dalam semua perlawanan setakat ini. Masih belum berjaya menghasilkan jaringan, barisan penyerang mereka perlu membuktikan sesuatu untuk perlawanan ini. Felda United semestinya memerlukan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tempat teratas liga. Walaupun sudah mengesahkan layak ke suku akhir, perlawanan ini harus tidak dianggap mudah barisan Elaverasan. Kemenangan mengukuhkan lagi kedudukan mereka.
KUMPULAN D
Polis vs Selangor
Satu mata untuk saingan kali ini belum cukup buat skuad PDRM, peluang ke suku akhir sudah tertutup, tetapi perlawanan ini bukan sekadar pelengkap jadual. Juara 32 kali Piala Malaysia, dengan Misi 33 untuk saingan kali ini, perlu melakukan sesuatu. Perlawanan penting ini, 3 mata harus dipungut skuad Red Giant, buat menghidupkan peluang ke suku akhir. Walaupun tanpa jurulatih K Devan yang meletakkan jawatan secara mengejut baru-baru ini, P Maniam harus mencari tonik dan taktikal terbaik untuk menyekat PDRM dan 3 mata penting berjaya di bawa pulang ke Shah Alam.
T-Team vs Kuala Lumpur.
Pertembungan dua pasukan teratas kumpulan C menjanjikan persembahan menarik kali ini. Dengan Hanya dibezakan satu mata, T-Team perlu menggunakan peluang beraksi di laman sendiri sebaik mungkin dan seterusnya melakarkan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan. Walaupun melihat cabaran skuad warga kota tidak mudah, Yunus Aliff tetap optimis pasukannya mampu mengatasi skuad Kuala Lumpur ataupun mencuri satu mata sekurang-kurangnya. Razip Ismail mahu anak-anak buahnya mencipta kemenangan ke atas T-Team untuk mencerahkan peluang mereka ke suku akhir, walaupun sedar saingan pasti sengit kali ini.