Nasik Lemak Pagi

31 October 2011

my home library..


Salam uolss...
Pernah nampak gambar di atas...semestinya pernah sebabnya gambar seumpama ini bersepah kalau di'gogel'kan..ye dak?

Gambar di atas adalah salah satu perkara atau agenda yang termasuk dalam 'Rancangan Sepuluh Tahun Aku' (R10A).

Yang ingin aku terangkan disini adalah, 'home library' atau rumahku perpustakaanku..atau apa saja yang sesuai atau sewaktu dengannya. Rancangan membina sebuah perpustakaan di rumah sendiri sebenarnya timbul lebih kurang 13 tahun dalulu, kiranya ini adalah rancangan yang paling lama dalam kepala. heh...

Memiliki sebuah perpustakaan di rumah adalah penting untuk seisi keluarga, terutama dalam mengajar atau memberi pendidikan pertama kepada anak-anak. Minat perlu dipupuk dari awal oleh kita sendiri sebagai ibubapa, yang dalam erti kata sebenar pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.

Apa yang perlu dan penting adalah kita seharusnya menunjukkan teladan yang terbaik untuk anak-anak sebagai contoh amalan membaca bersama anak-anak selain dari menjadikan membaca itu satu budaya harian di rumah. Jadi dengan adanya perpustakaan dirumah, ianya lebih senang dan tidak ada gangguan untuk kita sama-sama membaca bersama anak-anak di waktu yang terluang. Jadi dengan secara tidak langsung, amalan dan budaya membaca itu sendiri dapat diterapkan kepada anak-anak. Umum mengetahui rumah adalah tempat terbaik untuk memupuk jiwa anak-anak, jadi pada aku, adalah penting untuk meluangkan masa dua hingga tiga jam bersama anak untuk mengulangkaji pelajaran mereka, dan bagi anak-anak kecil, inilah masa untuk menerapkan ilmu yang bermanfaat kepada mereka.

Berbalik kepada rancangan aku tadi, sebuah perpustakaan di rumah kami, akan disediakan selengkapnya koleksi-koleksi buku dari pelbagai topik, yang mana akan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu, koleksi dewasa dan kanak-kanak. Selepas anak-anak meningkat dewasa ianya akan ditambahbaikan termasuklah koleksi pembelajaran atau pendidikan sekolah. Daripada dua kumpulan ini, koleksi buku-buku agama, pengetahuan am, pendidikan awal, sukan, hal ehwal semasa dan lain-lain akan disediakan dan ditambah dari masa ke semasa.

Dari segi penyediaan dan fasiliti itu sendiri, aku merasa perlu untuk dibina diruang yang sepatutnya, sebagai contoh bilik kosong atau bilik yang sememang dibina untuk dijadikan perpustakaan. Perkara paling penting adalah ruang yang luas dan selesa selain keselamatan koleksi itu sendiri dari segi kelembapan dan kawalan suhu. Kerusi yang selesa serta ruang rak buku dan juga ruang bacaan perlu ditikberatkan. rak tidak terlalu banyak begitu juga dengan ruang membaca tidak terlalu besar. Dan jika bilik ini besar, ruang kanak-kanak dan dewasa perlu dekorasi yang berlainan kerana perpustakaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa adalah berbeza.

bersambung...keh keh keh...