Nasik Lemak Pagi

01 December 2012

di mana jalan pekeliling, kuala lumpur?

jalan tun razak dahulunya dikenali sebagai jalan pekeliling, ditukarkan pada 7-10-1983 dan dipilih kerana di sepanjang jalan tersebut terdapat beberapa institusi² penting dari segi kemajuan ekonomi bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya seperti Kompleks UMNO, Permodalan Nasional Berhad, Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji dan kompleks² lain. Institusi² ini adalah penting dari segi kemajuan dan amat bersesuaian dengan kedudukan Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah berjasa dan memainkan peranan penting dalam menjayakan Dasar Ekonomi Baru.

1 Desember



Pada hari ini dalam tahun 1974, Bank Simpanan Nasional telah ditubuhkan sebagai badan berkanun di bawah Akta Bank Simpanan Nasional....mulai daripada tarikh tersebut, Bank Simpanan Nasional telah mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos yang mengendalikan urusan penyimpanan dan pengeluaran wang simpanan..walaubagaimanapun, BSN masih lagi menggunakan pejabat pos ut menjalankan semua urusannya..