Nasik Lemak Pagi

30 September 2010

Live: Rubik Kubik vs Barca


Live dari Centralni, Kazan, perlawanan masih lagi terikat 1-1 setelah Kazan mendahului 1-0 pada minit ke 30 hasil sepakan penalti Noboa. Barca merapatkan jurang juga menerusi sepakan penalti Villa pada minit ke 60.

78: Rubik Kubik masih lagi terikat 1-1.
85: Messi terlepas peluang.
86: Barca melakukan pertukaran, memasukkan Bojan menggantikan Villa.
88: Natcho (in) - Noboa (out) pertukaran Kazan.
89: Bojan terlepas peluang menjaringkan gol.

25 September 2010

Bermain futsal di awal pagi

Arsenal akan melayan kunjungan WBA malam esok di Emirates pada perlawanan yang gua rasakan tidak ada masalah untuk pasukan Arsenal untuk memenangi game ini.

Arsenal will entertain WBA tomorrow night at the Emirates in the game that i feel there is no problem for Arsenal to win this match.

Although many of the players who suffered injuries, i think existing player are able to take over the role of the injured players.

Vermaelen still in the process of recover the injuries and her place will be taken by Squallaci and Koschilny. And i hope this two defender play well for this game. We need to win this game to reduce the gap point with Chelsea.

22 September 2010

Bila sampai Kolumpo


Dah hampir seminggu gua sampai di Kolumpo setelah lebih dua minggu beraya di kampung.
Mood raya yang masih ada nielah yg buat gua malas skit nk buat kerja. Dengan itu, gua asyik tidur saja hampir dua minggu nie. Boleh kata takdak hasil yang memberangsangkan.

Dengan itu, gua merasakan perlu untuk gua ubah apa yang gua buat sekarang sebelum terlambat dan menjadikan kerja-kerja semakin menimbun banyaknya.

Okey, gua sambung buat kerja.

17 September 2010

Hari Raya ke VII

Hari raya ke 7 nie agak sibuk sedikit walaupun ramai kenkawan dh balik ke Kolumpo. Tapi gua amik kesempatan utk menjengah ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen tempat gua nie. Bley tahan ramai jgk la termasuk menteri besar dan MP-MP serta ADUN-ADUN yang lainnya. Makan pun sedap jugak, biasalah ahli politik. Sebenarnya, ahli parlimen nie bapa saudara kepada member gua.

Lewat petangnya pula gua amik kesempatan makan free lagi kt kenduri rumah kawan gua - adiknya kahwen.

Dan sebelum menghampiri lewat malam, tmpt terakhir menyinggah adalah di Studio kawan gua yang beberapa bulan lepas bukak, layan sebentar kt sini sambil menanya bisnes kawan-kawan.

ini adalah hari-hari terakhir gua bersama teman sekampung sebelum balik kolumpo.

16 September 2010

Sehari sebelum Hari Raya.


- sehari sebelum hari raya, gua duk rileks² je di rumah, sambil itu mengemas apa yang patut kt bilik tidur yang dh bertahun gua tidak berkemas.
- berada di kampung nie, gua merasakan perlu utk gua pasang pelita di halaman rumah, sambil mencari pelita-pelita baru utk dipasang. kerja sebegini biasanya dibuat oleh adik gua yang no.2, tapi memandang dia jauh di perantauan beribu batu, jadi gua amik alih job nie.
- sehingga larut malam gua memperkemaskan apa-apa yang patut, perut pun dah rasa lapar, jadi gua kontek rakan-rakan lama yang masih bujang utk keluar bermesyuarat, yang dah kawen kalo lewat malam nie susah skit kalo di ajak ngeteh.
- seterusnya lepak di kedai makan e-rup sampai la ke pagi borak tak ingt nk balik.
- Nasib baik gua terjaga utk keesokkan harinya tuk solat sunat hari raya dan solat jumaat. balik-balik rumah gua tido membawa ke petang.

UCL


Champion bermula mlm semalam rupanya, telepas tuk Matchday 1, tapi Arsenal dia punya main memang ada gaya juara.

Perlawanan hari pertama, tiada banyak kejutan dengan juara bertahan hanya mampu seri ketika menentang FC Twente Enschede. Mereka seri 2-2 dengan semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama. Barangkali Benitez punya taktikal tidak lah bagus sangat.

Barca menang besar5-1, ketika menentang Panathinaikos dengan Messi gagal menyudahkan sepakan penalti namun berjaya menjaringkan 2 gol. Man Utd sekadar seri di laman sendiri walaupun mereka dilihat mampu menewaskan Rangers. Pendatang baru dari kelab england, Spurs memulakan kempen dengan keputusan seri di tempat lawan.

Perlawan hari kedua menyaksikan AC Milan menang ke atas Auxerre dengan pemain baru Zlatan menjaringkan 2 gol. Real juga menang untuk mencerahkan peluang mereka untuk memenangi kejuaraan pada musim ini. Arsenal terus cemerlang menewaskan Braga 6-0 dengan Fabregas seperti biasa nadi kemenangan, menjaringkan gol dan mencipta peluang rakan-rakan utk menjaringkan gol. Chelsea, macam biasalah. Kacang kata Acelootuuuu.

11 September 2010

Selamat Hari Raya

sempena hari raya aidilfitri 1431H nie..gua nk kasi ucapan skit kepada semua kaum kerabat keluarga, kawan-kawan, dan seluruh yang mengenali gua dengan ucapan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Bagi yg mengetahui lokasi rumah gua, dijemput bertandang tanpa rasa segan silu..oraiitss..

07 September 2010

Sesi memasak


Setelah bonda tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini, saya mengambil sedikit ruang untuk memasak pada hari ini. Menu nya kerang masak pedas atau pun ada yang memanggil kerang masak merah.

Cara saya mein hemtam saja janji sedap. Jadi kalau sesiapa mau follow orait je..sedap tak sedap belakang kira. Okies...

Memula saya kisar cili kering. Jumlah kesemuanya ada dalam 15 cili kering. Kalau nk kira ini dah melebihi utk saya guna sekejap lagi. Tapi cili kering yang kita kisar ini boleh simpan esok lusa.

Seterusnya, dikisarkan pula bawang merah plus bawang puteh. Jumlahnya bnyk-bnyk pun takpe..selebihnya simpan esok lusa.

Sambil itu, panaskan kuali sekali ngn masukkan minyak masak secukup rasa. Tapi tadi macam bnyk...rupnya ngam-ngam. Bila dah panas itu, cili kering yang saya kisar tadi, dimasukkan dalam kuali dan masak semestinya sehingga masak. Dalam pada itu, saya masukkan juga bawang-bawang yang kita kisar tadi tu. Masak lagi sampai la satu tahap tu, saya masukkan air masak sedikit. Asam jawa jangan dilupa utk dimasukkan. Kacau lagi sehingga sebati.

Kemudian, masukkan pula serai yang telah ditumbuk (skit-skit je tumbuk, jgn kasi lumat) bersama dengan daun limau kasturi. Selepas beberapa minit, barulah saya masukkan kerang tadi.

Selepas daripada itu, masukkan garam, gula dan juga garam yang besar tu skit. Kacau skit kasi...dan biarkan selama beberapa minit biar dia betul-betul masak. Pastu...siaplah kerang masak merah nie..ataupun masak pedas.

TQ. Selamat mencuba ya..


03 September 2010

Aksi antarabangsa kembali


Siri perlawanan antarabangsa kembali lagi minggu ini. Tetapi kali ini adalah kelayakan ke Piala Eropah 2012 nanti. Kesemua pasukan eropah memulakan saingan kelayakan pada minggu ini dan di sambung pada minggu berikutnya.

Antara perlawanan yang menjadi tumpuan adalah diantara England dan juga Bulgaria. Dimana England sudah semestinya memperbaiki rekod buruk mereka di Piala Dunia sebelum ini. Dan apa yang diharapkan Capello adalah memberi kemenangan kepada England selain membersihkan reputasi beliau.

Perlawanan Germany - Belgium juga tidak kurang menarik. Namun Ballack yang baru-baru ini diumumkan masih memegang lilitan kapten tidak diturunkan untuk dua perlawanan kelayakan ini kerana masih dalam proses pemulihan walaupun beliau beraksi bersama kelab minggu lepas.