Nasik Lemak Pagi

07 September 2010

Sesi memasak


Setelah bonda tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini, saya mengambil sedikit ruang untuk memasak pada hari ini. Menu nya kerang masak pedas atau pun ada yang memanggil kerang masak merah.

Cara saya mein hemtam saja janji sedap. Jadi kalau sesiapa mau follow orait je..sedap tak sedap belakang kira. Okies...

Memula saya kisar cili kering. Jumlah kesemuanya ada dalam 15 cili kering. Kalau nk kira ini dah melebihi utk saya guna sekejap lagi. Tapi cili kering yang kita kisar ini boleh simpan esok lusa.

Seterusnya, dikisarkan pula bawang merah plus bawang puteh. Jumlahnya bnyk-bnyk pun takpe..selebihnya simpan esok lusa.

Sambil itu, panaskan kuali sekali ngn masukkan minyak masak secukup rasa. Tapi tadi macam bnyk...rupnya ngam-ngam. Bila dah panas itu, cili kering yang saya kisar tadi, dimasukkan dalam kuali dan masak semestinya sehingga masak. Dalam pada itu, saya masukkan juga bawang-bawang yang kita kisar tadi tu. Masak lagi sampai la satu tahap tu, saya masukkan air masak sedikit. Asam jawa jangan dilupa utk dimasukkan. Kacau lagi sehingga sebati.

Kemudian, masukkan pula serai yang telah ditumbuk (skit-skit je tumbuk, jgn kasi lumat) bersama dengan daun limau kasturi. Selepas beberapa minit, barulah saya masukkan kerang tadi.

Selepas daripada itu, masukkan garam, gula dan juga garam yang besar tu skit. Kacau skit kasi...dan biarkan selama beberapa minit biar dia betul-betul masak. Pastu...siaplah kerang masak merah nie..ataupun masak pedas.

TQ. Selamat mencuba ya..


No comments:

Post a Comment