Kelmarin terdapat bantahan dan cadangan untuk memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia setelah peminat dan penyokong kedua-dua pasukan tidak berpuas hati dengan kadar tiket yang dikenakan FAM. Namun badan induk bolasepak malaysia itu tetap tidak mengubah keputusan dalam hal harga tiket perlawanan akhir.
Sementara itu, di Kota Bharu ramai diantara peminat berang dengan tindakan persatuan bolasepak Kelantan (KAFA) apabila mengenakan tiket secara berpakej iaitu dinaikan sebanyak sepuluh ringgit menjadikan harga tiket di Kota Bharu adalah RM40 termasuk cenderahati 'The Reds Warriors'.
Ramai diantara peminat kesal dengan tindakan pihak KAFA yang mengenakan tiket secara berpakej yang dianggap mengambil kesempatan di atas keghairahan peminat untuk menonton perlawanan akhir. Peminat sehingga semalam masih mengharapkan harga tiket dijual mengikut harga asal setelah harga baru dan berpakej ini dilihat membebankan peminat bolasepak.
Disebalik bantahan dan rancangan untuk memulaukan perlawanan akhir itu, sumber Promaprika mendapat pengesahan bahawa tiket-tiket laris dijual di kedua-dua lokasi pada hari ini. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli lebih awal untuk mengelakkan kehabisan dan kesukaran untuk mendapatkan tiket.
Bagi peminat-peminat yang tidak berkesempatan, tiket-tiket masih boleh didapati di perkarangan stadium nasional pada hari perlawanan sabtu nanti. Tiket untuk tempat terbuka adalah sebanyak RM30 dan bagi tempat duduk utama adalah RM50 manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun akan dikenakan bayaran sebanyak RM 5.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium masih boleh menyaksikan perlawanan berkenaan di televisyen menerusi TV1 atau Saluran 801 Astro (Astro Arena) mulai jam 8.30 malam.
Nasik Lemak Pagi
27 October 2010
26 October 2010
TM Piala Malaysia: Harga Tiket dinaikkan
Harga tiket dinaikkan.
Untuk makluman, FAM telah mengambil tindakan drastik dengan menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, sabtu ini. sebanyak 50% berbanding tahun lepas. Kenaikkan harga ini tidak dinyatakan dengan jelas oleh pihak FAM dan keadaan ini telah menaikkan lagi kemarahan penyokong kedua-dua pasukan yang bertanding. Fam telah menetapkan harga tiket untuk tempat terbuka adalah RM30 manakala grand stand adalah RM 50. Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.
Pihak kami juga difahamkan, tiket-tiket boleh didapati mulai hari ini di Kota Bharu dan Seremban.
Berita Piala Malaysia
Kem pasukan Negeri Sembilan diberi khabar gembira apabila ketua pasukan, Rezal Zambri akan tampil beraksi pada perlawanan akhir sabtu ini.
Beliau disahkan cergas sepenuhnya dari kecederaan kaki dan dilihat bersemangat menjalani latihan bersama rakan sepasukan.
Perkembangan ini memberi kelegaan kepada ketua jurulatih, Wan Jamak yang sememangnya mengharapkan ketua pasukan itu dapat memberi inspirasi kepada barisan muda beliau. Rezal ternyata memberi impak dibarisan tengah bagi membantu dan merencanakan gerakan untuk barisan pertahanan.
Beliau juga turut menegaskan hanya pemain yang berada pada prestasi terbaik dan berpengalaman untuk berada dalam senarai kesebelasannya nanti.
Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya kem NS nanti. Pihak Promaprika dijangkan ke Seremban dalam waktu terdekat
Bahang Piala Malaysia
TM Piala Malaysia sampai ke kemuncaknya. Berakhirnya perlawanan separuh akhir kedua sabtu lepas yang menyaksikan 2 pasukan berjaya ke perlawanan akhir untuk edisi kali ini. Kelantan dan Negri Sembilan kembali bertemu di peringkat akhir sepertimana ulangan edisi yang lepas.
Kelantan sekali lagi layak ke peringkat akhir setelah menewaskan Kedah 1-0 manakala Johor FC tidak mampu menyekat kemaraan NS walaupun memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan. NS akhirnya menang 2-0 (agregat 2-1).
Perlawanan akhir ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini yang akan menyaksikan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan memenuhi stadium untuk memberikan sokongan.
04 October 2010
Langsung dari Stemfok Brigh
Pada minit ke-39 tadi, Abg Drog berjaya menjaringkn gol. Perlawanan Chelsea - Arsenal malam ini dengan kedua-dua pasukan mempunyai misi untuk menang. Sebelum itu, kita 'update'kan keputusan FT perlawanan sebelum ini.
Man City 2-1 Newcastle
Liverpool 1-2 Blackpool (terus hambar)
-------------Fabianski---------------
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
-----Nasri--A.Song----Wilshere---
-----------Diaby------Arshavin-----
----------------------Chamakh-------
Line up malam ini..
kita kembali ke Stemfok Brigh.
50' : Chamakh menanduk hasil dari sepakan sudut yang pertama utk separuh masa kedua. Namun tandukan beliau tersasar jauh.
57' : Chelsea mendapat tendangan sudut, Fabianski menyelamatkan keadaan, kini serangan balas dari Arsenal bermula dengan Arshavin.
62' : Arsenal mendapat tendangan sudut di penjuru sepakan sudut.
Man City 2-1 Newcastle
Liverpool 1-2 Blackpool (terus hambar)
-------------Fabianski---------------
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
-----Nasri--A.Song----Wilshere---
-----------Diaby------Arshavin-----
----------------------Chamakh-------
Line up malam ini..
kita kembali ke Stemfok Brigh.
50' : Chamakh menanduk hasil dari sepakan sudut yang pertama utk separuh masa kedua. Namun tandukan beliau tersasar jauh.
57' : Chelsea mendapat tendangan sudut, Fabianski menyelamatkan keadaan, kini serangan balas dari Arsenal bermula dengan Arshavin.
62' : Arsenal mendapat tendangan sudut di penjuru sepakan sudut.
Subscribe to:
Posts (Atom)