Nasik Lemak Pagi

27 October 2010

Jualan Tiket Final Piala Malaysia - Laris

Kelmarin terdapat bantahan dan cadangan untuk memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia setelah peminat dan penyokong kedua-dua pasukan tidak berpuas hati dengan kadar tiket yang dikenakan FAM. Namun badan induk bolasepak malaysia itu tetap tidak mengubah keputusan dalam hal harga tiket perlawanan akhir.

Sementara itu, di Kota Bharu ramai diantara peminat berang dengan tindakan persatuan bolasepak Kelantan (KAFA) apabila mengenakan tiket secara berpakej iaitu dinaikan sebanyak sepuluh ringgit menjadikan harga tiket di Kota Bharu adalah RM40 termasuk cenderahati 'The Reds Warriors'.

Ramai diantara peminat kesal dengan tindakan pihak KAFA yang mengenakan tiket secara berpakej yang dianggap mengambil kesempatan di atas keghairahan peminat untuk menonton perlawanan akhir. Peminat sehingga semalam masih mengharapkan harga tiket dijual mengikut harga asal setelah harga baru dan berpakej ini dilihat membebankan peminat bolasepak.

Disebalik bantahan dan rancangan untuk memulaukan perlawanan akhir itu, sumber Promaprika mendapat pengesahan bahawa tiket-tiket laris dijual di kedua-dua lokasi pada hari ini. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli lebih awal untuk mengelakkan kehabisan dan kesukaran untuk mendapatkan tiket.

Bagi peminat-peminat yang tidak berkesempatan, tiket-tiket masih boleh didapati di perkarangan stadium nasional pada hari perlawanan sabtu nanti. Tiket untuk tempat terbuka adalah sebanyak RM30 dan bagi tempat duduk utama adalah RM50 manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun akan dikenakan bayaran sebanyak RM 5.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium masih boleh menyaksikan perlawanan berkenaan di televisyen menerusi TV1 atau Saluran 801 Astro (Astro Arena) mulai jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment