Nasik Lemak Pagi

30 December 2010

sekalung tahniah...


Tahniah dari gua untuk pasukan muda negara, menamatkan penantian 14 tahun kejuaraan Piala Suzuki AFF semenjak diperkenalkan. Walaupun kita kalah semalam, agregat 4-2 mengesahkan kejuaran milik 'Tanah tumpahnya darahku'.

Gua semalam untuk 8 minit pertama gua tgk di rumah sementara menunggu rakan lama gua yang tak berapa minat dengan bola. untuk 7 minit pertama dilihat agak menggelabah sedikit barisan pertahanan terutama Sabree Abu yang gua rasa agak gementar, tetapi ketenangan Muslim Ahmad sedikit sebanyak melegakan kem Malaysia.

Bercakap mengenai Muslim Ahmad, gua meletakkan pemain ini antara yang terbaik di posisi pertahanan untuk kejohanan ini. Ketenangan dan kemampuan beliau membaca gerakan lawan harus dipuji. Selain dari peratusan kemenangan perebutan bola di udara yang bnyk memihak kepada pemain kelahiran Terengganu ini. Ternyata, semenjak menyertai kejohanan/liga di Slovakia memberi satu pengalaman berharga kepada pemain-pemain Harimau Muda (Bawah 21). Dan kalau kita lihat, aksi mereka dilihat matang dan ada peningkatan. Kalau kita lihat Fadzli Shas yang berusia 19 tahun, matang dalam mengekang asakan lawan.

Gua pertama kali melihat kelibat Muslim ketika beraksi untuk pasukan Harimau Muda yang pada ketika itu beraksi di Liga Perdana. Untuk musim tersebut mereka berjaya melayakkan diri ke Liga Super. Namun atas sebab-sebab tertentu, team masa depan ini dihantar ke Slovakia yang ternyata sedikit sebanyak membuahkan hasil walaupun ada kontroversi dan pelbagai masalah yang dihadapi.

Kecederaan pemain-pemain 'bintang', seterusnya membuka ruang kepada anak-anak muda ini untuk menonjolkan dan mempamerkan bakat mereka dan ternyata mereka juga konsisten dan mampu memberikan persembahan terbaik. Prospek ini haruslah dijaga dan diberi perhatian selain memberikan mereka beraksi lebih kerap bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam meningkatkan lagi keupayaan mereka.

Gua sampai agak lambat ke kopitiam The Bikers semalam menyebabkan terlepas untuk melihat Khairul Fahmi (penjaga gol muda negara) menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina. Gua hanya tengok 'highlight' dan 'replay' sahaja. Gua tepuk tangan untuk pemain muda ini yang tidak boleh dinafikan antara 'key player' yang membawa kejayaan kepada malaysia.

Apa yang gua harapkan, bintang muda perlu dan haruslah diberi perhatian, kasi mereka pendedahan sebagaimana yang terjadi kepada skuad Harimau Muda A. Hasilnya kita mampu merealisasikan untuk menakluk Asia, menjadi antara yang terbaik di Asia seterusnya melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kalinya. Anak-anak muda dan kanak-kanak seharusnya diberi perhatian, dedahkan mereka dengan bolasepak dan seterusnya anjurkan perlawanan dan liga kompetitif sejak dari awal usia, di peringkat sekolah rendah contohnya. Dengan itu tidak mustahil Malaysia mampu melangkah jauh dan bolasepak antarabangsa.

29 December 2010

Bahang Final AFF Suzuki Cup 2010

Timbul bermacam isu selepas kemenangan Malaysia ke atas Indonesia tempoh hari, dan sudah tentunya dari pihak yang tewas. Media dan penyokong Indonesia terus menerus menyerang dan mengasak dengan provokasi-provokasi mereka.

Bermula isu penggunaan laser yang menjejaskan konsentrasi sehinggalah yang terbaru media Indonesia cuba untuk mengenakan 'tindakan' sendiri apabila menyatakan Malaysia bakal dihukum dan digantung dari menyertai kejohanan selama 4 tahun. Alasan mereka cukup mudah bagi menjamin 'kemenangan' percuma ke atas Malaysia.

Namun, sumber dari FAM dan juga pejabat konglomerat AFF tidak mengeluarkan sebarang kenyataan samada bertulis atau secara lisan mengenai hukuman tersebut. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin memaklumkan tidak ada sebarang hukuman ke atas Malaysia.

Isu-isu dan provokasi ini sengaja dilakukan Indonesia bagi menjejaskan konsentrasi dan juga fokus pasukan Harimau Malaya. Walaubagaimana pun, ketua jurulatih K. Rajagobal dengan tenang menjawab tiada yang perlu dirisaukan dan fokus kita hanya kepada perlawanan malam ini dan kita tetap dengan strategi yang telah dirancang dan tidak hanya bermain untuk bertahan. Katanya, mustahil kita mampu bertahan selama 94 minit. Mengambil contoh pasukan Arsenal yang membenam Chelsea kelmarin, jurulatih berusia 54 tahun itu tetap optimis Harimau Malaya mampu mencatat kemenangan seandainya mempamerkan permainan menarik iras-iras Arsenal.

tapi seandainya sebegini rupa, timnas Malaysia bisa gugup dn konsentrasi mereka bisa luntur

Berehat seketika...

19 December 2010

peluang mencipta sejarah baru


Pasukan negara berpeluang melakar sejarah baru bolasepak negara apabila layak ke perlawanan akhir buat kali kedua setelah terikat 0-0 pada perlawanan kedua separuh akhir. Skuad kendalian K. Rajagobal mempamerkan aksi bertahan yang kemas sehingga minit akhir.

Peluang ke peringkat akhir kali ini memberi harapan kepada skuad negara untuk melakar kejuaraan sulung Piala AFF Suzuki jika dilihat kemampuan skuad muda negara. Aksi mereka dalam perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir seharusnya ditingkatkan sekiranya inginkan kejuaraan pertama ini.

Skuad negara dijangka bertemu Indonesia setelah skuad Garuda itu menang 1-0 pada perlawanan pertama separuh akhir baru-baru ini. Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada perlawanan malam ini.

Perlawanan akhir pertama akan dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad (26/12/2010) depan. Diharapkan ribuan penyokong skuad harimau datang ke stadium untuk memberikan sokongan moral kepada skuad negara.

18 December 2010

Sejarah Mungkin Boleh Berulang

Piala AFF Suzuki 2010 bersambung hari ini untuk perlawanan separuh akhir kedua. Pasukan negara ke Hanoi semalam dalam misi mempertahankan kelebihan 2 gol dalam merealisasikan impian ke perlawanan akhir buat kali kedua.

Untuk rekod, kali pertama kita ke perlawanan akhir ketika edisi pertama Piala AFF yang pada ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger. Dan Malaya belum pernah mengecapi piala paling berprestij di Asean itu. Pada edisi pertama iaitu pada tahun 1996, Malaya hampir memenangi Piala Tiger, tetapi tewas kepada Thailand dengan jaringan 0-1 pada perlawanan yang diadakan di Singapura. Dan ini adalah pencapaian terbaik skuad harimau setakat ini.

Dan, tahun ini pada edisi 2010, peluang skuad negara dilihat bersinar dan berpeluang untuk ke perlawanan akhir sekali lagi kerana kita mempunyai kelebihan. Apa yang diharapkan adalah skuad negara terus konsisten dan fokus seterusnya mengekalkan kelebihan tersebut. Andai mereka leka dan alpa, sejarah edisi 2004 mungkin berulang, dimana kita satu ketika berkelebihan dan selesa mendahului untuk layak namun akhirnya tewas kepada lawan.

Dan siapa tidak boleh lupa bagaimana Indonesia mengambil masa 45 minit terakhir perlawanan untuk memadam kelebihan 3-1 skuad negara. Indonesia mengambil kesempatan menghukum barisan negara seterusnya menggagalkan harapan ribuan penyokong Malaysia di Stadium Bukit Jalil ketika itu.

bersambung...kahkahkah..

15 December 2010

kehangatan Separuh Akhir pertama Piala Asia

Sebentar lagi pasukan Harimau Malaysia akan turun dalam aksi separuh akhir kedua. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semestinya dipenuhi penyokong-penyokong setia skuad Malaysia. Apa yang diharapkan kita mampu membenam cabaran Vietnam malam ini sebagai bekalan di separuh akhir kedua nanti.

Kita mengharapkan mampu mengulangi pencapaian pada edisi 1996 dimana kita berjaya ke peringkat akhir dan kalau diimbas kembali, sebolehnya kita tidak mahu mengulangi keperitan tewas kepada Indonesia di peringkat separuh akhir pada edisi 2004 walaupun kita berjaya mengalahkan mereka 2-1 di Senayang. Akan tetapi kita tewas di tempat sendiri dengan jaringan yang besar 1-4 sekalipun kita mendahului 1-0 hasil jaringan Khalid Jamlus.

Jadi, malam ini diharap aksi positif dan mantap ditampilkan oleh pasukan negara dalam mencerahkan peluang ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010.

Nantikan update/keputusan terkini sebentar nanti..

07 December 2010

AFF Suzuki Cup 2010 II

Tahniah Malaysia kerana berjaya melangkah ke separuh akhir AFF Suzuki Cup 2010.

Walaupun mengharapkan ihsan dari keputusan perlawanan indonesia - Thailand, keupayaan dan semangat melawan yang ditunjukkan pemain-pemain muda negara harus dipuji. Kesungguhan mereka untuk memenangi perlawanan ini dibuktikan dengan aksi kemas pada akhir permainan separuh masa pertama dan kedua sebentar tadi. Hasilnya kita berjaya mengalahkan Laos 5 - 1.

AFF Suzuki Cup 2010


Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi kumpulan A berlangsung pada malam ini. Perlawanan tumpuan semestinya terarah kepada peluang tiga pasukan iaitu Thailand, Malaysia dan juga Laos.

Ketiga-tiga pasukan ini dilihat mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke separuh akhir jika keputusan positif dicatat pada malam ini. Satu lagi pasukan, Indonesia sudah mengesahkan kemaraan setelah mencatatkan kemenangan dalam 2 perlawanan.

Indonesia dijangka merehatkan beberapa pemain utama mereka malam ini dan peluang ini perlu di manfaatkan sepenuhnya Thailand untuk mencatatkan kemenangan seterusnya layak ke separuh akhir. Bagi jurulatih Thailand, mereka akan membariskan pemain terbaik bagi perlawanan ini.

Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi diharapkan mampu beraksi cemerlang

Peluang Malaysia dan Laos adalah sama rata dan kedua-dua pasukan ini perlu memanfaatkan setiap peluang untuk mencatatkan kemenangan. Malaysia akan turun dengan barisan terkuat untuk mengenepikan Laos dari persaingan sambil mengharapkan Indonesia mampu mengalahkan Thailand ataupun mencatatkan keputusan seri.

Kehadiran Safee Sali mampu membantu bahagian serangan yang diketuai Norshahrul Idlan.

Apa yang diharapkan adalah barisan muda negara mampu untuk mengalahkan Laos tanpa memikirkan keputusan membabitkan perlawanan Thailand dan Indonesia. Kemenangan adalah semestinya perlu dicatat sebelum kita memikirkan peluang ke separuh akhir.