Nasik Lemak Pagi

07 December 2010

AFF Suzuki Cup 2010


Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi kumpulan A berlangsung pada malam ini. Perlawanan tumpuan semestinya terarah kepada peluang tiga pasukan iaitu Thailand, Malaysia dan juga Laos.

Ketiga-tiga pasukan ini dilihat mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke separuh akhir jika keputusan positif dicatat pada malam ini. Satu lagi pasukan, Indonesia sudah mengesahkan kemaraan setelah mencatatkan kemenangan dalam 2 perlawanan.

Indonesia dijangka merehatkan beberapa pemain utama mereka malam ini dan peluang ini perlu di manfaatkan sepenuhnya Thailand untuk mencatatkan kemenangan seterusnya layak ke separuh akhir. Bagi jurulatih Thailand, mereka akan membariskan pemain terbaik bagi perlawanan ini.

Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi diharapkan mampu beraksi cemerlang

Peluang Malaysia dan Laos adalah sama rata dan kedua-dua pasukan ini perlu memanfaatkan setiap peluang untuk mencatatkan kemenangan. Malaysia akan turun dengan barisan terkuat untuk mengenepikan Laos dari persaingan sambil mengharapkan Indonesia mampu mengalahkan Thailand ataupun mencatatkan keputusan seri.

Kehadiran Safee Sali mampu membantu bahagian serangan yang diketuai Norshahrul Idlan.

Apa yang diharapkan adalah barisan muda negara mampu untuk mengalahkan Laos tanpa memikirkan keputusan membabitkan perlawanan Thailand dan Indonesia. Kemenangan adalah semestinya perlu dicatat sebelum kita memikirkan peluang ke separuh akhir.

No comments:

Post a Comment