Nasik Lemak Pagi

31 December 2011

welcoming 2012

Asal tahun baru je, orang-orang sibuk bercakap pasal azam baru, ah peduli apa aku dengan azam-azam nih...

sebenarnya, aku dari dulu lagi tak pernah berazam di kala tahun baru menjelang tiba..jadi di akhir tahun takde la sibuk-sibuk azam tak tercapai la..tak terbuat la..

apa yang penting...ada perubahan..kah kah kah !

29 December 2011

Burger Ringkas

Minggu lepas, aku balik ke kampung. Sorang-sorang tanpa bini, sebabnya kesihatan tak mengizinkan. Aku sebenarnya dah lama sangat dah tak in ke scene balik kampung dengan bus nih. Kelihatan mahasiswa ramai yang nk balik kampung, anak muda apatah lagi, maklumlah time tu cuti panjang sikit sempena Santa Kelaus.

Scene naik bus nie ada banyak benda yang aku tak berkenan sebenornya, satunya ada bus selalu jugak rosak sampai aku 2 kali menjadi mangsa. Nak baiki punya lama, kadang tu pagi besoknya baru dapat gerak.

Sebenarnya scene naik bus nie aku dah in lama dah...dari zaman blajor membawa ke zaman kahwin sekarang nie, banyak sudah perubahan yang telah pengusaha-pengusaha bus telah bikin kasi mantap perniagaan mereka. Ada satu kompeni tu, sekarang dengarnya sudah pasang monitor dekat seat penumpang buat tengok movie.

Cuma yang paling tak berubahnya adalah pengusaha-pengusaha kedai makan di hentian bus. Harga bukan main mahal dorang kasi. Kadang tu, berlipat kali ganda dengan 7 eleven yang dah sememang bangangnya mahal, jika dibandingkan dengan pasaran tempatan yang lain. Aku banyak kali dah sebenarnya kompelin benda nie dengan persatuan pengguna pulau pinang, mungkin selepas nie aku ingt nk kompelin dengan tribunal pengguna.

Berger, air, nasik, bihun, maggi, dan sewaktu dengannya dijual dengan harga yang tak sepatutnya. Ini cekik darah pengguna, mentang-mentang la takde kedai lain.

Minggu lepas aku rileks je tepi gerai beger ringkas, menengok budak-budak, pakcik-pakcik dan mahasiswa yang sibuk berjuang turut sibuk nak beli beger ringkas nie. Ada satu kutu tu, tanya harga berapa terus blah sebab mahal, tak sepatutnya jika dibandingkan beger itu sendiri. Yang ada cuma roti dan daging.

Hampir sejam melepak tepi brader beger, stall beliau pun mula lengang dan aku ingt semua bus sudah hampir bersedia utk gerak ke kolumpo, tiba-tiba aku secara auto "Brader, kasi beger ringkas satu !" Lapor la pulop.....cilake !

14 December 2011

scene melukis

dua tiga menjak nie aku tiba-tiba into ke scene melukis, walaupun tidak dikurniakan bakat melukis yang power..tp minat tu ada...keh keh keh...

aku sebenarnya saja nk cuba-cuba seni melukis nie, nampoknya ada juga rupa kalau aku lukis muka orang tu..keh keh keh...

kalau sebelum nie aku lukis dengan menggunakan paint saja, amat rumit jugalah bagi seorang amatur, kemudia aku cuba PaintToolSai..woaa..amat senang dan mudah juga...

adeh..macam budak-budak !

mengurus persatuan

Aku sebenarnya bukanlah 'power' dalam menguruskan sesuatu organisasi atau persatuan, cuma cukup sekadar 'cukup korum' atau pemerhati dalam sesuatu persatuan atau organisasi. Pengalaman lebih 10 tahun dalam beberapa organisasi dan persatuan, aku melihat mereka ini tidak lari dari menghadapi masalah. Tidak kira kecil atau besar. Tidak kira dari segi persefahaman/ideologi, pengurusan itu sendiri atau paling teruk melibatkan ekonomi dan pengurusan wang ringgit. Senang cakap sesebuah persatuan itu mempunyai pendapatan. Selain dari itu, keinginan seseorang itu untuk tampil power secara individu, tunjuk handal atau bajet semua boleh bikin adalah salah satu perkara yang membawa rosaknya sesebuah persatuan atau organisasi.

***

bersambung....kah kah kah kah !

13 December 2011

Liku-liku ke Johanesbuk 2

"Mak, betul ke abang Rahim dah nak balik Malaysia?", tanya Milah cuba untuk mendapatkan kepastian. Dia masih belum pasti akan kesahihan berita kepulangan abang sulungnya itu, walaupun telah diberitahu oleh kakaknya semalam. "Macam tu lah kalau ikut kata kakak engkau, mak sendiri pun belum bercakap lagi dengan abang kau tu". Makcik Romloh sebenarnya juga masih belum pasti, dan dia juga dari minggu lepas setia menunggu panggilan dari Rahim sendiri. "Cuba engkau telefon tanya dia betul-betul jadi ke tak jadi diorang nak balik", makcik Rosloh cuba mencari altenatif lain dengan harapan anak bongsunya itu berbuat sesuatu untuknya. Milah diam tanpa membalas atau memberi respon kepada Makcik Rosloh, sebaliknya terus ke ruang tamu. Dia sengaja malas bercerita panjang lebar kepada emaknya, bimbang orang tua itu kerisauan nanti. Sebenarnya dari minggu lepas lagi Milah menghantar emel kepada abangnya itu bertanyakan khabar mereka. Namun sehingga ke hari ini masih belum dibalas.

***

"Obeye, sebulan lagi aku terpaksa meninggalkan kelab ini?" Riezal membuka bicara ketika mereka berempat bersarapan sebelum memulakan latihan. "Kenapa? engkau ada terima tawaran dari kelab lain?" tanya Obeye. Terkejut dengan kenyataan Riezal sebentar tadi. Mereka semua kehairanan. Sebelum ini, Riezal tidak menunjukkan yang dia mempunyai masalah dengan kelab ini. Mereka ibarat satu keluarga. "Sebenarnya, aku terpaksa berpindah. Kembali ke negara asal aku". "Tapi, kenapa? bukankah kau kata bapa kau ingin menetap di sini sampai dia pencen?" tanya Henry kehairanan.

10 December 2011

kononya via phone..

hhaa..mati-mati aku ingt apa yang aku post pg tadi kuar dekat blog nie..ropernyer kertas kosong..kah kah kah..

kononnya via phone..kah kah kah..

xpe..xpe..

first via my phone..

07 December 2011

masak lemak

aku sebenarnya tak tahu pun macam mana jenis masak lemak nie..
tapi apa yang aku rasakan, aku tak berapa suka masakan nih...

tapi kalau siput sedut yang gulai dia kuning-kuning tu, boleh pulak aku makan...
haish..

masak lemak nie...camne ropernyer...?

acu kabor sket...