Nasik Lemak Pagi

29 December 2011

Burger Ringkas

Minggu lepas, aku balik ke kampung. Sorang-sorang tanpa bini, sebabnya kesihatan tak mengizinkan. Aku sebenarnya dah lama sangat dah tak in ke scene balik kampung dengan bus nih. Kelihatan mahasiswa ramai yang nk balik kampung, anak muda apatah lagi, maklumlah time tu cuti panjang sikit sempena Santa Kelaus.

Scene naik bus nie ada banyak benda yang aku tak berkenan sebenornya, satunya ada bus selalu jugak rosak sampai aku 2 kali menjadi mangsa. Nak baiki punya lama, kadang tu pagi besoknya baru dapat gerak.

Sebenarnya scene naik bus nie aku dah in lama dah...dari zaman blajor membawa ke zaman kahwin sekarang nie, banyak sudah perubahan yang telah pengusaha-pengusaha bus telah bikin kasi mantap perniagaan mereka. Ada satu kompeni tu, sekarang dengarnya sudah pasang monitor dekat seat penumpang buat tengok movie.

Cuma yang paling tak berubahnya adalah pengusaha-pengusaha kedai makan di hentian bus. Harga bukan main mahal dorang kasi. Kadang tu, berlipat kali ganda dengan 7 eleven yang dah sememang bangangnya mahal, jika dibandingkan dengan pasaran tempatan yang lain. Aku banyak kali dah sebenarnya kompelin benda nie dengan persatuan pengguna pulau pinang, mungkin selepas nie aku ingt nk kompelin dengan tribunal pengguna.

Berger, air, nasik, bihun, maggi, dan sewaktu dengannya dijual dengan harga yang tak sepatutnya. Ini cekik darah pengguna, mentang-mentang la takde kedai lain.

Minggu lepas aku rileks je tepi gerai beger ringkas, menengok budak-budak, pakcik-pakcik dan mahasiswa yang sibuk berjuang turut sibuk nak beli beger ringkas nie. Ada satu kutu tu, tanya harga berapa terus blah sebab mahal, tak sepatutnya jika dibandingkan beger itu sendiri. Yang ada cuma roti dan daging.

Hampir sejam melepak tepi brader beger, stall beliau pun mula lengang dan aku ingt semua bus sudah hampir bersedia utk gerak ke kolumpo, tiba-tiba aku secara auto "Brader, kasi beger ringkas satu !" Lapor la pulop.....cilake !

No comments:

Post a Comment