Nasik Lemak Pagi

31 October 2011

my home library..


Salam uolss...
Pernah nampak gambar di atas...semestinya pernah sebabnya gambar seumpama ini bersepah kalau di'gogel'kan..ye dak?

Gambar di atas adalah salah satu perkara atau agenda yang termasuk dalam 'Rancangan Sepuluh Tahun Aku' (R10A).

Yang ingin aku terangkan disini adalah, 'home library' atau rumahku perpustakaanku..atau apa saja yang sesuai atau sewaktu dengannya. Rancangan membina sebuah perpustakaan di rumah sendiri sebenarnya timbul lebih kurang 13 tahun dalulu, kiranya ini adalah rancangan yang paling lama dalam kepala. heh...

Memiliki sebuah perpustakaan di rumah adalah penting untuk seisi keluarga, terutama dalam mengajar atau memberi pendidikan pertama kepada anak-anak. Minat perlu dipupuk dari awal oleh kita sendiri sebagai ibubapa, yang dalam erti kata sebenar pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.

Apa yang perlu dan penting adalah kita seharusnya menunjukkan teladan yang terbaik untuk anak-anak sebagai contoh amalan membaca bersama anak-anak selain dari menjadikan membaca itu satu budaya harian di rumah. Jadi dengan adanya perpustakaan dirumah, ianya lebih senang dan tidak ada gangguan untuk kita sama-sama membaca bersama anak-anak di waktu yang terluang. Jadi dengan secara tidak langsung, amalan dan budaya membaca itu sendiri dapat diterapkan kepada anak-anak. Umum mengetahui rumah adalah tempat terbaik untuk memupuk jiwa anak-anak, jadi pada aku, adalah penting untuk meluangkan masa dua hingga tiga jam bersama anak untuk mengulangkaji pelajaran mereka, dan bagi anak-anak kecil, inilah masa untuk menerapkan ilmu yang bermanfaat kepada mereka.

Berbalik kepada rancangan aku tadi, sebuah perpustakaan di rumah kami, akan disediakan selengkapnya koleksi-koleksi buku dari pelbagai topik, yang mana akan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu, koleksi dewasa dan kanak-kanak. Selepas anak-anak meningkat dewasa ianya akan ditambahbaikan termasuklah koleksi pembelajaran atau pendidikan sekolah. Daripada dua kumpulan ini, koleksi buku-buku agama, pengetahuan am, pendidikan awal, sukan, hal ehwal semasa dan lain-lain akan disediakan dan ditambah dari masa ke semasa.

Dari segi penyediaan dan fasiliti itu sendiri, aku merasa perlu untuk dibina diruang yang sepatutnya, sebagai contoh bilik kosong atau bilik yang sememang dibina untuk dijadikan perpustakaan. Perkara paling penting adalah ruang yang luas dan selesa selain keselamatan koleksi itu sendiri dari segi kelembapan dan kawalan suhu. Kerusi yang selesa serta ruang rak buku dan juga ruang bacaan perlu ditikberatkan. rak tidak terlalu banyak begitu juga dengan ruang membaca tidak terlalu besar. Dan jika bilik ini besar, ruang kanak-kanak dan dewasa perlu dekorasi yang berlainan kerana perpustakaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa adalah berbeza.

bersambung...keh keh keh...

22 September 2011

Saingan Piala Malaysia 2011: Perebutan ke Suku Akhir kian menarik

Saingan Piala Malaysia 2011 kembali meneruskan aksi minggu ini melibatkan kesemua perlawanan bagi setiap kumpulan. Dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini akan menentukan kemana hala tuju pasukan masing-masing dalam usaha meneruskan saingan ke peringkat suku akhir nanti. Persaingan sengit ini semestinya memberi sedikit tekanan kepada pasukan-pasukan pilihan yang masih belum menunjukkan aksi yang memberansangkan malah bergelut dengan prestasi tidak menentu. Berlainan pula dengan pasukan yang diangkap bukan pilihan, tiba-tiba menunjukkan aksi konsisten dan mampu memberikan saingan kepada pasukan pilihan.

Paling mencuri tumpuan adalah pasukan Felda United yang sehingga perlawanan ke 4 peringkat kumpulan, mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Dengan 3 kemenangan dan satu seri pada perlawanan yang lepas, sudah cukup buat anak-anak buah E. Elavaresan menghuni tangga teratas kumpulan C mengatasi juara bertahan, Kelantan. Malah kejayaan menewaskan Kelantan di laman sendiri seakan memberi amaran pasukan berstatus kelab ini bersedia untuk pergi lebih jauh saingan kali ini.

Perak yang sebelum ini tidak diberi pilihan mengejutkan apabila menghuni tangga teratas Kumpulan A dengan 10 mata hasil 3 kemenangan dan satu seri. Ketiadaan ramai pemain utama akibat pergantungan oleh FAM tidak merencatkan perancangan Cikgu Jan, apabila barisan pemain pelapis mereka ternyata memberikan persembahan konsisten. Kemenangan ke atas Sabah dan Kedah baru-baru ini cukup penting untuk menghidupkan peluang ke suku akhir. Skuad warga kota bimbingan bekas pemain negara, Razip Ismail, turut mencuri tumpuan apabila berjaya menduduki tangga kedua Kumpulan D dengan 8 mata. Hasil kemenangan ke atas T-Team dan Polis, Kuala Lumpur berjaya mengatasi juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor di tangga ketiga. Kebangkitan skuad ini hasil kerja keras pemain-pemain muda mereka dalam usaha memburu tempat ke suku akhir.

KUMPULAN A

Kedah vs Sabah
Perlawanan penting buat pasukan bimbingan Wan Jamak. Hanya mengumpul 4 mata setakat ini, hanya kemenangan yang mampu menghidupkan peluang skuad Kenari ke suku akhir. Status pasukan pilihan seharusnya memberikan semangat kepada mereka untuk memberikan aksi bertenaga untuk perlawanan ini. Beraksi dihadapan penyokong sendiri seharusnya digunakan sebaiknya untuk mengatasi Sabah.
Bagi jurulatih Sabah, Justin Ganai, perlawanan ini disifatkan sebagai satu peluang untuk mereka ke saingan seterusnya. Anak-anak buah beliau perlu mengatasi serangan-serangan dan gerakan dari barisan Kedah selain menggunakan peluang yang mereka ada sebaiknya. Baginya satu mata paling kurang dapat dibawa pulang ke Sabah nanti.

Johor vs Perak
Untuk saingan musim ini, Johor hanya memperolehi satu mata setelah seri 3-3 menentang Kedah dalam aksi yang lepas. Hanya keajaiban yang mampu membawa mereka ke suku akhir. Namun, skuah Lebah tetap ingin meneruskan saingan dan tidak membenarkan Perak mudah mengatasi mereka. Aksi di tempat sendiri perlu digunakan sebaiknya. Sementara itu, Perak tidak mahu menjadikan perlawanan ini terlalu mudah untuk mereka melakar kemenangan. Gandingan penyerang muda, Failee Ghazali dan juga Shafiq Jamal perlu menggandakan asakan jika mereka ingin menjadikan Johor mangsa seterusnya.

KUMPULAN B

PKNS vs Terengganu
Menghuni tangga ketiga kumpulan B, PKNS Selangor dilihat masih berpeluang untuk ke saingan seterusnya dan mereka harus menewaskan Terengganu untuk terus bersaing. Kejayaan menumpaskan Negeri Sembilan baru-baru ini seharusnya memberikan tonik dan semangat buat mereka untuk meneruskan aksi cemerlang. Bagi Terengganu, selepas berhempas pulas menewaskan Sime Darby 1-0 baru-baru ini, anak-anak buah Irfan Bakti perlu meningkat tahap permainan jika tidak mahu terjerat dengan pihak lawan. Peluang yang terhidang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin barisan serangan Terengganu. Kemenangan akan menghidupkan peluang mereka ke suku akhir.

Sime Darby vs Negeri Sembilan
Kekalahan besar 0-5 di Seremban harus dilupakan, mereka perlu mencatatkan kemenangan pertama malam ini. Walaupun peluang ke suku akhir sudah tertutup rapat, mereka perlu sekurang-kurang keputusan seri bagi saingan kali ini. Semangat sepertimana ketika bertemu Terengganu seharusnya hadir sekali lagi untuk perlawanan kali ini. Azraai Khor tidak memandang mudah cabaran Sime Darby kali ini, ketika harapan ke suku akhir sudah berakhir, baginya Sime Darby tetap turun memburu kemenangan pertama.

KUMPULAN C

Johor FC vs Kelantan
Anak-anak buah Azuan Zain sebenarnya masih berpeluang untuk ke suku akhir jika mereka memenangi dua aksi akhir peringkat kumpulan selain bergantung kepada pasukan lawan. Sebagai semi finalis musim lepas, mereka perlu memberi saingan sengit kepada juara bertahan sekurang-kurangnya meraih keputusan seri. Beraksi di tempat sendiri sememangnya memberi kelebihan kepada mereka untuk melakar kemenangan kedua peringkat kumpulan. Bagi Kelantan, aksi tidak konsisten terutamanya barisan serangan seharusnya diperbaiki lagi jika ingin melakar kemenangan dan seterusnya memberikan saingan kepada Felda United. Barisan serangan Kelantan yang diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan perlu menggunakan peluang keemasan di depan gawang. Untuk aksi sebelum ini, mereka dilihat begitu bermasalah untuk menterjemahkan peluang kepada jaringan. Kehadiran semula penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi seakan memberi semangat kepada anak didik M. Karathu setelah beraksi cemerlang untuk skuad Olimpik kebangsaan baru-baru ini.

Sarawak vs Felda United
Gagal memperoleh sebarang kemenangan untuk saingan kali ini. Robert Alberts perlu melakukan sesuatu untuk sekurang-kurang seri bagi perlawanan ini. Dilihat sebagai pasukan yang mampu memberikan saingan pada awalnya, Sarawak seakan hilang taring apabila menerima kekalahan dalam semua perlawanan setakat ini. Masih belum berjaya menghasilkan jaringan, barisan penyerang mereka perlu membuktikan sesuatu untuk perlawanan ini. Felda United semestinya memerlukan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tempat teratas liga. Walaupun sudah mengesahkan layak ke suku akhir, perlawanan ini harus tidak dianggap mudah barisan Elaverasan. Kemenangan mengukuhkan lagi kedudukan mereka.

KUMPULAN D

Polis vs Selangor
Satu mata untuk saingan kali ini belum cukup buat skuad PDRM, peluang ke suku akhir sudah tertutup, tetapi perlawanan ini bukan sekadar pelengkap jadual. Juara 32 kali Piala Malaysia, dengan Misi 33 untuk saingan kali ini, perlu melakukan sesuatu. Perlawanan penting ini, 3 mata harus dipungut skuad Red Giant, buat menghidupkan peluang ke suku akhir. Walaupun tanpa jurulatih K Devan yang meletakkan jawatan secara mengejut baru-baru ini, P Maniam harus mencari tonik dan taktikal terbaik untuk menyekat PDRM dan 3 mata penting berjaya di bawa pulang ke Shah Alam.

T-Team vs Kuala Lumpur.
Pertembungan dua pasukan teratas kumpulan C menjanjikan persembahan menarik kali ini. Dengan Hanya dibezakan satu mata, T-Team perlu menggunakan peluang beraksi di laman sendiri sebaik mungkin dan seterusnya melakarkan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan. Walaupun melihat cabaran skuad warga kota tidak mudah, Yunus Aliff tetap optimis pasukannya mampu mengatasi skuad Kuala Lumpur ataupun mencuri satu mata sekurang-kurangnya. Razip Ismail mahu anak-anak buahnya mencipta kemenangan ke atas T-Team untuk mencerahkan peluang mereka ke suku akhir, walaupun sedar saingan pasti sengit kali ini.

25 June 2011

Perkhidmatan Iklan

salam hormat,
pihak kami bersedia untuk mengiklankan segala macam yang anda ingin iklankan.
tempoh iklan ini adalah di sepanjang bulan ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi..

Dimana? Iklan anda akan dipaparkan pada gerai/stall berger kami di sekitar lembah kelang dan juga di penjuru kiri blog ini dan juga blog en.Borhan Bahari..serta website rasmi Nufamakeup.

Bayaran? Pihak kami akan mengenakan bayaran tertentu dan berpatutan untuk setiap iklan anda.
kadar rata ini adalah di sepanjang bulan ramadhan.

Untuk maklumat selanjutnya boleh bertanya kepada en. Borhan Bahari melalui emel beliau promaprika@gmail.com. Sekian.

07 May 2011

scene postman..


posmen/postman adalah orang penting..kl dulu..bila tiba scene poser dn raya..posmen lah yang paling sibuk..sampai ada sesetengah tu..amik postmen tak bertauliah buat cover posmen-posmen nih kerja..maklumlah tak menang tangan nk layan kad raya..terlampau banyak.. kadang-kadang tuh sampai xleh nk hendel..

bab xleh nk handel nie la yang kadang-kadang buat orang hanging..bukan apa..kadang tuh..dh seminggu raya baru nk sampai kad...mood raya pun kekadang tuh dh tak menaik dah..orang kabo.. kalau bab surat penting lg la..ada kadang tu..org dh seminggu blajor..baru dpt tau masuk U...kl U tu terima masuk lmbat xpe..buatnyer tak boleh...kan ke naye tuh?

gua pasal bab-bab macam nie memang dh terkena..ada satu tahun tu..gua dpt surat interview masa interview tu berlangsung...kl dekat orait jugak..nie naik kereta dh 4-5 jam..mane nk sempat..tak pasal-pasal sampai sekarang gua kutu lagi...
tapi tak pela..orang kabo belum ada rezeki lagi...

2 hari lepas gua ada lepak mnum sorang-sorang kt satu kedai nasik...blakang gua ada 2 kutu postmen lepak mnum sambil rehat gamaknya..dengar cter baru lepas merempit ngantor surat..
pung pang pung pang dok sembang..kutu postmen yang sorang tu bukak cter pasal budak2 lori pos racing nk menyampai ke destinasi...gua agak nie mesti kurier pos..yang stok hantar barang jauh-jauh...tu..
sambung kutu tu lagi..deme nih bawak van sampai 190km/jam..sekor-sekor..sekali gua benti makan dengar kutu nie duk sembang...
katanya lagi...2 jam dh menyampai kt kota bharu dari kolumpo...babi nampak sangat menipu kutu posmen nih...yang sorang lagi duk sembang baik..percaya aje..
kalau lu bawak 300km/jam pom..mane nk menyampai kt kota baru nuh..cilake...

lu orang jangan tak tau...gua pernah tido..berkemah dekat pejabat pos dlm tahun 90an dlu..dengan beberapa lagi kutu...satu pagi baik punya tido..sekali hujan lebat...trus masuk tido kt dalam pejabat pos...

12 April 2011

gua dan seben eiii

kl nk ikut kan..hari ini genap 3bulan gua masuk ke arena seben eii..ke arena ini menyebabkan gua tiada masa..kesuntukan masa untuk kongsi cerita...balik ja kerja..gua trus tido restkan badan sebelum gua seterusnya berjuang selama 12jam lagi di arena seben eii.. nie...

di sebabkan kesuntukan untuk mencari duit lebih orang kabo..gua secara tidak langsung masuk ke arena seben eii nih..sebabnya satu..gua mahukan dn perlukan duit..selain kerja seben eii nie..senang nk dpt..alaa..kl mintak trus dpt senang cter..

kekadang gua rasa molek jgk gua ke arena tak seberapa nih..selain gua kenal ramai orang..gua dpt kenal lebih dekat..cara orang kita berfikir..cara orang kita berkomunikasi secara dekat..cara mereka dn tingkah laku mereka seharian..dari sini gua dapat apa yang gua nk...perihal orang kita..

tempat gua menapak nie..adalah di kalangan orang pertengahan dan juga berada..di kawasan ini terdapat 3 jenis penempatan..satu penempatan yang kalau dilihat pada sekitarnya..kita tahu mereka dikalangan orang yang berada dan kaya...manakala satu penempatan lagi..adalah golongan pertengahan..dn terakhir adalah mereka yang kurang berada..kalau kita ikutkan taraf kehidupan di bandar..

apa yang gua lihat sepanjang 3 bulan di sini..orang-orang disini...atau orang kita kurang adat sopan santunnya..jauh lagi berbudi bahasa...mereka seolah-olah cuba berlagak dan eksen..
gua rasa saranan kerajaan najib razak..kempen budi bahasa..tidak sedikit memberi kesan..
malah ada yang sgt kurang ajar..

edisi siasat...

fuhh..dh 3 bulan lebih jgk idak menyibok kt sini..
ye la..ada fesbuk nie kekadang..jd lupa nk update belog nie..
dr smpi gua sedang buat persiapan kawen org kata..smpi ler dh selamat dh nie.. :)

epilog tu..nnt gua smbung..skali ngn gmbau-gmbau skali gua taruk..

sekarang gua nk cerita satu-satu..amende la yg jadik dlm 1-2 bulan nie..melainkan cerita kawenn..