Nasik Lemak Pagi

31 July 2010

and now...not johanesbuk anymore..but mutiara damansara


this weekend, i spent my time to go to mutiara damansara.. 1st is to get my 'sijil kahwin' at Masjid At-Taqwa which is located at Taman Tun Dr. Ismail. Last week, my fiancee and i were went to 'Kursus Kahwen'. And 2nd is for lepaking and walking session around IKEA and The Curve.

30 July 2010

Perlawanan 50 tahun

Sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Selatan, pasukan kebangsaan mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan persahabatan di antara pasukan bawah-23.


Gua pada hari tersebut terpaksa menghadiri kursus di Damansara yang membawa ke petang hari. Jadi tidak dapat nk menghangatkan suasana di stadium. Pelan asal gua memang hendak tengok aksi anak buah Rajagobal kerana sudah lama tak melihat dan menilai kemampuan mereka selepas Sukan Sea baru-baru ini. Sebab apa, gua dengar dorang semakin mantap dari segenap posisi.

Berbalik kepada cerita tadi. Perlawanan yang disiarkan secara langsung di Astro arena ini juga menghalang gua dari mengadap tv. Bagi gua, kemenangan kali bagus sebagai penaik semangat dan sebagai langkah awal untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan kebangsaan. Lagipun Korea menurunkan pemain yang rata-rata berusia 20 dan 21 tahun. Dan apa yang penting mereka mempamerkan aksi yang menyakinkan di atas padang. Kemampuan sebenar mereka bakal teruji pada Sukan Asia nanti.

Apa yang diharapkan, pasukan ini teus mempamerkan aksi mantap dan meningkatkan prestasi pasukan bagi menghadapi saingan Sukan Asia, November ini. Kerja keras dan tidak leka dibuai mimpi sebaliknya terus membina dan meningkatkan lagi keyakinan untuk perlawanan yang lebih besar.

Gua berbangga di atas kemenangan ini selepas kali terakhir kita menang 2-1 ke atas Olimpik Korea pada 1995.

14 July 2010

Piala Dunia 2010 melabuhkan tirainya. Dengan 1001 cerita, suka-duka dan pelbagai kontroversi. Tetapi Afrika Selatan berjaya menganjurkan dengan gemilang sepertimana yang diucapkan FIFA sebagai antara yang terbaik. Piala Dunia pertama di bumi Afrika.

11 July 2010

sampai ke kemuncaknya




Saingan Piala Dunia sampai ke kemuncaknya dengan perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi esok di antara Spain dan Holland. Spain layak setelah menewaskan German 1-0 minggu lepas. Holland pula menang ke atas Uruguay 3-2 sehari sebelum pertemuan German vs Spain.

Perlawanan akhir malam ini mempertemukan naib juara Piala Dunia 1974 dan 1978. Percapaian terbaik Holland selepas itu adalah pada tahun 1998 di Perancis apabila mereka berada di tempat ke-4. Untuk edisi sebelum ini di Jerman, Holland sekadar melepas pusingan kedua. Di Afrika Selatan tahun ini, mereka berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan sememangnya ingin menebus kekecewaan tahun 1974 dan 1978. Barisan kali ini dilihat lebih mantap dan berkesan terutama barisan tengah mereka. Dengan formasi 5 pemain tengah dan menggunakan penyerang tunggal di depan, barisan tengah mereka bebas untuk bergerak, menyerang dan juga bertahan. Perancang utama Sneijder dilihat menjadi nadi serangan Holland. Di bahagian sayap, Robben dan Kuyt seringkali berjaya dalam melakukan serangan balas dan pantas untuk merobek barisan pertahanan pihak lawan, selain pemain tengah bertahan mereka, Van Bomel dan de Jong kental membantu untuk menyerang dan bertahan. Barisan pertahanan mereka perlu meningkatkan prestasi sekiranya ingin menghalang barisan depan Spain melakukan serangan pantas.

Piala Dunia kali ini adalah perlawanan akhir pertama bagi Spain selepas mereka dilihat tidak begitu menyinar di Piala Dunia biarpun pencapaian terbaik layak ke suku akhir pada tahun 1934, 1986, 1994 dan 2002. Namun barisan emas kali ini adalah pilihan untuk muncul juara Piala Dunia kali ini. Juara Euro 2008 ini adalah barisan yang lengkap dan mantap di semua posisi. Dengan penjaga gol yang cukup berpengalaman, Iker Cassilas mampu menyekat barisan Holland sepertimana aksi beliau ketika menentang Jerman minggu lepas. Di barisan pertahanan di ketuai Puyol, pertahanan kental ini mampu beraksi di sebelah kanan dan kiri selain di posisi asal di bahagian tengah. Dibantu pemain muda, Pique dan Sergio Ramos selain Capdevilla. Barisan tengah mereka cukup mantap dengan 2 'passer' terbaik dunia Xavi dan Iniesta yang kreatif merencana gerakan-gerakan menarik. Mereka dibantu dengan Xavi Alonso dan juga Pedro yang berkemungkinan beraksi. Perancang Arsenal yang cukup kreatif, Fabregas juga mampu untuk membantu barisan tengah sekirannya diberi peluang beraksi. Villa cukup tajam di depan pintu gol pada Piala Dunia kali ini setelah berjaya menjaringkan 5 gol setakat ini. Beliau akan dibantu Torres yang diharapkan menamatkan kemarau jaringan nanti.

***

Jadi untuk pertemuan awal pagi nanti, gua merasakan Spain menang tipis 1-0 atau 2-1. Gua bukan terpengaruh dengan Paul. Gua menyokong Holland malam ini tapi merasakan Holland tewas.