
Berbalik kepada cerita tadi. Perlawanan yang disiarkan secara langsung di Astro arena ini juga menghalang gua dari mengadap tv. Bagi gua, kemenangan kali bagus sebagai penaik semangat dan sebagai langkah awal untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan kebangsaan. Lagipun Korea menurunkan pemain yang rata-rata berusia 20 dan 21 tahun. Dan apa yang penting mereka mempamerkan aksi yang menyakinkan di atas padang. Kemampuan sebenar mereka bakal teruji pada Sukan Asia nanti.
Apa yang diharapkan, pasukan ini teus mempamerkan aksi mantap dan meningkatkan prestasi pasukan bagi menghadapi saingan Sukan Asia, November ini. Kerja keras dan tidak leka dibuai mimpi sebaliknya terus membina dan meningkatkan lagi keyakinan untuk perlawanan yang lebih besar.
Gua berbangga di atas kemenangan ini selepas kali terakhir kita menang 2-1 ke atas Olimpik Korea pada 1995.
No comments:
Post a Comment