Nasik Lemak Pagi

30 November 2010

Persiapan yang kedua

memilih kain yang sesuai, time nie kt Semua House

Minggu lepas digunakan sepenuhnya untuk membuat persiapan yang kedua. Antaranya adalah ke Jalan TAR yang merangkumi kedai-kedai seperti Jakel, Semua House dan juga Globe dalam usaha untuk menambahkan persiapan kami.

Kami ke sana adalah untuk mengambil baju tempahan di Globe (Kimiga) selain dari ke Jakel untuk membeli set baju atau kain dan juga alatan bagi majlis di sebelah lelaki.

Sedang berurusan dengan tokey Kimiga..

Di KImiga(Globe), disini baju nikah ditempah pada minggu sebelumnya, jadi kami datang minggu ini hanyalah utk mengambil tempahan. Baju yang ditempah juga cantik dan kami berpuas hati sampai taknak amik gmbar..hehehe..

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kami gembira dengan persiapan kali ini walaupun tidak banyak. Sekurang-kurangnya ada juga yang telah pun siap dan telah diuruskan.

Persiapan kami akan diteruskan dua minggu lagi dan nantikan entri epilog kahwin ini seterusnya ya..

salam..

Carling Cup

Piala Carling kembali meneruskan aksi pada awal pagi nanti apabila dua perlawanan Suku Akhir akan berlangsung. Perlawanan membabitkan Arsenal yang akan menentang Wigan di Emirates manakala Man Utd berkunjung ke Upton Park untuk berdepan West Ham United.

West Ham yang mengalami krisis kecederaan terus memeningkan pengurus mereka untuk kesebelasan utama pada perlawanan ini. Dengan Mark Noble disisihkan sehingga tahun baru, manakala pemain tengah Scoot Parker tidak dapat diturunkan kerana masih belum cergas akibat kecederaan. Keadaan ini memaksa Grant menurunkan pemain pertahanan Jonathan Spector untuk beraksi dibahagian tengah. Kieron Dyer and Valon Behrami juga dilaporkan tidak akan diturunkan.

Kem Man Utd dilapor tidak menghadapi sebarang masalah namun sumber difahamkan pengurus Sir Alex dikatakan akan membariskan pasukan kedua untuk perlawanan ini.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan yang menyaksikan Arsenal akan melayan kunjungan Wigan di tempat sendiri. Eboue dijangka kembali untuk kesebelasan utama Arsenal malam ini setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan lutut. Khidmat Eboue sangat diperlukan untuk perlawanan ini bagi memberi laluan kepada Sagna untuk berehat. Selain dari itu, Wenger dijangka menurunkan van Persie, Walcoot dan juga Bentner dalam usaha untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka untuk perlawanan kompetitif.

Kembalinya Almunia dari kecederaan menyaksikan penjaga gol utama itu mungkin diturunkan pada awal pagi nanti, namun penjaga gol muda Wojciech Szczesny berkemungkinan diberi peluang sekali lagi.

Wenger mengharapkan pemain-pemain muda Arsenal beraksi cemerlang untuk memenangi perlawanan ini dalam usaha mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan. Kemenangan pada minggu lepas setelah mereka tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut akan memberikan semangat kepada barisan muda untuk terus melakar kemenangan.

20 November 2010

Sukan Asia 1

Perseorangan utama negara, Datuk Lee Choong Wei mara ke peringkat akhir setelah berjaya mengalahkan pemain tuan rumah Chen Jin pada separuh akhir sebentar tadi. Permainan yang mengheret ke set penentuan itu akhirnya menjadi milik pemain Malaysia setelah set pertama Choong Wei tewas 14-21.

Bagaimanapun permainan kemas dan jarang melakukan kesilapan pada set kedua menjadikan lawannya itu kecundang 21-15.

Set penentuan, Choong Wei seakan tidak memberi peluang kepada lawannya itu apabila satu ketika berjaya mendahului dengan 14-4. Seterusnya Choong Wei semakin bersemangat dan terus meninggalkan Chen Jin jauh ke belakang apabila mendahului 17-6 dan seterusnya menamatkan permainan dengan 21-7 untuk mengesahkan pingat perak dalam genggaman Malaysia.

Menanti Choong Wei pada perlawanan akhir adalah pemenang di antara Lin Dan dan juga Park Sun-hwan dari Korea.

Sebentar lagi, pasangan negara Koo Ken Kiat/Tan Boong Heong akan berdepan pasangan dari Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan bagi menentukan pemenang Pingat Emas. Apa yang kita harapkan beregu negara dalam mempertahankan pingat emas yang dimenangi edisi yang lepas dan seterusnya menambah bilangan emas kontijen negara.

Sukan Asia: Keputusan

Sepak Takraw

Thailand tewaskan Malaysia 2-0 untuk Pingat Emas acara Berpasukan

Thailand mengesahkan kemenangan Pingat Emas dalam acara berpasukan apabila mudah menewaskan Malaysia 2-0 sebentar tadi.

Regu pertama Malaysia yang dibarisi Normanizam, Futra Ghani dan Ariff tewas 16-21 dan 10-21. Regu kedua Malaysia yang diharapkan dapat menyamakan kedudukan bagaimanapun gagal berbuat demikian apabila tunduk kepada lawan yang jelas lebih menguasai gelanggang. Mereka tewas 15-21, 17-21.

Kekalahan ini bermakna Malaysia masih gagal untuk mengakhiri kemarau 16 tahun pingat emas Sukan Asia. Pencapaian ini dilihat sama seperti edisi yang lepas namun persembahan keseluruhan pasukan dilihat agak merisaukan memandang pasukan lain rantau asia semakin meningkat pencapaian dan persembahan mereka.

Bagi acara antara regu pula akan bermula pada Isnin ini dan apa yang diharapkan adalah regu-regu malaysia mampu mencipta sejarah dengan memenangi emas acara ini. Pasukan Malaysia akan memulakan saingan menentang regu Myanmar.

Sukan Asia


Pada ketika sukan asia sedang berlangsung sekarang, apa yang kita harapkan adalah peningkatan prestasi atlet-atlet yang bertanding.

Bagi acara bolasepak yang masih lagi berlangsung dimana perlawanan peringkat separuh akhir lelaki akan diadakan pada hari selasa, 23 November 2010. Perlawanan pertama adalah diantara Iran bertemu Jepun manakala Korea akan menentang UAE.

Buruan emas Malaysia pada hari ini tertumpu kepada acara sepak takraw lelaki dimana pasukan negara akan menentang Thailand dlm acara berpasukan. Misi menamatkan kemarau 16 tahun akan direalisasikan nanti petang ini. Namun Malaysia seharusnya mengakui kehebatan pasukan lawan yang sememangnya memiliki kelebihan.

Selain dari itu, dalam acara badminton lelaki, beregu negara Koo Ken Kiat/Tan Boong Heong berdepan dengan pasangan dari indonesia Markis Kido/Hendra Setiawan hari ini dalam perlawanan akhir. Apa yang kita harapkan adalah mereka berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 4 tahun lepas di Doha.

Dalam acara perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan pemain China Chen Jing di peringkat separuh akhir hari ini. Manakala musuh ketat beliau, Lin Dan akan bertemu Park Sung Hwan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Nantikan keputusan aksi atlet-atlet Malaysia pada Sukan Asia nanti.

persiapan yang pertama

Salam,
memandang masa semakin pantas berlalu, gua mengambil masa pada hari ini utk buat sedikit persiapan kaf alif win..sebabnya sebelah lelaki nie..satu mende pun belum setel-setel lagik..

untuk persiapan kecil nie..gua ke kedai 'tailor' utk menempah sepasang baju melayu..huhu..
lama jugak tak tempah baju melayu nie...last sekalik masa tunang tu hari..harga pun dah dinaikkan dh pun..hehehe..tapi sebab selesa kt sini..dari dulu lagi..tu pasal gua amik keputusan buat kt sini je la..baju melayu nie..errmmm sebenarnya ni adalah baju untuk majlis akad nikah nanti..
baju untuk bersandingg...blommm cariii lagikkk..hehhee..dh bising dah sebelah pompuan tu..
sebabnya derangg.. awal-awal lagik dh setel..hehehehe..

pastu..gua ke kedai gmbau nk amik gmbau passport..hehe..kena amik yg baru sbb kata nya pak imam semalam..kena pakai songkok..gua kira bley pakai kopiah..sekali dia rejekkk daaaa...
hehehe...

Barclays Premier League

Saingan BPL kembali lagi minggu ini selepas aksi persahabatan pasukan kebangsaan pada minggu lepas. Kebanyakkan pemain telahpun kembali ke kem latihan masing-masing untuk sesi kecergasan menjelang perlawanan liga minggu ini.

Perlawanan ke 14 liga ini dimulakan dengan Arsenal melayan kunjungan Spurs di Emirates dalam misi mereka meneruskan aksi kemenangan bagi membolehkan mereka mencabar pendahulu liga, Chelsea yang dibezakan 2 mata.

Spurs hadir ke Emirates untuk mencari kemenangan seterusnya selepas mereka menewaskan Blackbur 4-2 sebelum ini. Gareth Bale sekali lagi menjadi taruhan mereka dalam mencari kemenangan sambil dibantu Luca Modric dn yang lain.

Siri kecederaan pemain sememangnya menghantui kem arsenal sejak musim yang lepas apabila mereka ramai kehilangan pemain di saat-saat perlawanan penting dan getir.
Jack Wilshere, Diaby, Almunia, Vermaelen belum pasti diturunkan kerana tahap kecergasan mereka diragui pengurusan.
Namun Wilshere memberi khabar gembira apabila dilihat melepasi tahan kecergasan dan berkemungkinan diturunkan pada perlawanan esok. Kecederaan yang menimpa ketika mewakili England tidak begitu teruk dan diharap sempat pulih sepenuhnya.

Pada awal pagi dan perlawanan terakhir, pasukan bermasalah Liverpool menerima kunjungan West Ham di Anfield. Misi menebus maruah dan kehampaan selain Liverpool seharusnya memenangi perlawanan ini bagi menjamin tempat mereka dan memperbaiki kedudukan liga. Apa yang meresahkan pengurus Roy Hudgson adalah khabar kurang enak iaitu kapten pasukan dilaporkan mengalami kecederaan ketika bersama England. Pegawai perubatan bagaimanapun telah mengesahkan Gerrard terpaksa direhatkan selama 4 minggu.

Pendahulu liga Chelsea minggu ini akan menentang Birmingham. Chelsea memerlukan kemenangan untuk menjarakkan lagi jurang mata dengan pencabar terdekat. Pasukan tuan rumah juga sedar hanya kemenangan saja mampu memperbaiki kedudukan tercorot liga.

18 November 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua...

Hari raya korban ini tahun kitorang x mengorbankan lembu..hehe..mgkin tahun depan, insyallah gua korbankan satu..hhehee..

pagi hening Aidiladha nie..gua bgn agak lambat jugak la..sampai je kt masjid besar..orang-orang dh masuk rakaat keduaa...pastu pecut cari masjid lain buat menuaikan solat sunat hari raya..tu pun nasib baik sempat..

dn utk tahun ini juga, samalah ngn aidilfitri yang lepas..adik gua skali lagi di perantauan..gua ingt..dn harap-harap beliau selamat dn bergembiralah kt sana nnt..

Aidiladha kali ini, famili ktorang buat sate..ada la dalam 2oo cucuk..daging dn juga ayam..
sesi bakar sate lepas solat tadi pun cambeshh jugak lah..sblm bersusah payah ke tmpt korban lembu nnt..kn..apa-apa hal..attack makanan dlu..hehehe..

Tapi sate nie kalau dilayan, 200 cucuk tu sekejap je abis..mcm baru makan 10 cucuk..hehehe..


















Dh setel makan-makan, start le nk p tmpt korban..part nie la yg paling x tahan..malas je nk p..kn..takat p amik bahagian kita tu..orait la..hehehehe...

tapi ok la..bila dh semua buat keje tu..sekejap je mende nie..x lama..sgt pun..

alaa..dia macam setiap org adalah dia punya tugas..gotong-royong...
kl ada yg pro dlm bab nie..lg senang dn cepat proses dia...hehehe



Bila dh dpt semua bahagian kita...balik je umh..trus nk kena bersih dn potong mana yang nk kena amik..dn bahgikan pada sesape..sedekah sikit sorangg..

hari pertama aidiladha nie..camtu la..bau lembu je..huhuhu..

12 November 2010

akhirnya

Salam, dh lama x update blog nie..bukan apa..sebab satu tengah mengkonsentrek kt final exam yg baru saja abih tengahari semalam..dn alhamdulillah..harap-harap semuanya berakhir dengan kegembiraan..

yela..satu dlm meniti usia yang dh menjangkau 27 tahun..dn nk masuk 28 tahun nie memang susah kl nk blaja..malas dia mari memang solid...

dan saya penuh kesyukuran memanjat syukur kepada Allah, kerana diberi kekuatan utk menghadapi dan mengharungi segala cabaran sepanjang 5 tahun bergelar pelajar..

selain dari ibubapa yang sememang tidak putus memberi dorongan dan bantuan dari segenap segi..saya berterima kasih tidak terhingga...jasa kalian semamang tidak dapat dibalas..

jp..jp..beli beger mcd jp..