Perlawanan ke 14 liga ini dimulakan dengan Arsenal melayan kunjungan Spurs di Emirates dalam misi mereka meneruskan aksi kemenangan bagi membolehkan mereka mencabar pendahulu liga, Chelsea yang dibezakan 2 mata.
Spurs hadir ke Emirates untuk mencari kemenangan seterusnya selepas mereka menewaskan Blackbur 4-2 sebelum ini. Gareth Bale sekali lagi menjadi taruhan mereka dalam mencari kemenangan sambil dibantu Luca Modric dn yang lain.
Siri kecederaan pemain sememangnya menghantui kem arsenal sejak musim yang lepas apabila mereka ramai kehilangan pemain di saat-saat perlawanan penting dan getir.
Jack Wilshere, Diaby, Almunia, Vermaelen belum pasti diturunkan kerana tahap kecergasan mereka diragui pengurusan.
Namun Wilshere memberi khabar gembira apabila dilihat melepasi tahan kecergasan dan berkemungkinan diturunkan pada perlawanan esok. Kecederaan yang menimpa ketika mewakili England tidak begitu teruk dan diharap sempat pulih sepenuhnya.
Pada awal pagi dan perlawanan terakhir, pasukan bermasalah Liverpool menerima kunjungan West Ham di Anfield. Misi menebus maruah dan kehampaan selain Liverpool seharusnya memenangi perlawanan ini bagi menjamin tempat mereka dan memperbaiki kedudukan liga. Apa yang meresahkan pengurus Roy Hudgson adalah khabar kurang enak iaitu kapten pasukan dilaporkan mengalami kecederaan ketika bersama England. Pegawai perubatan bagaimanapun telah mengesahkan Gerrard terpaksa direhatkan selama 4 minggu.
Pendahulu liga Chelsea minggu ini akan menentang Birmingham. Chelsea memerlukan kemenangan untuk menjarakkan lagi jurang mata dengan pencabar terdekat. Pasukan tuan rumah juga sedar hanya kemenangan saja mampu memperbaiki kedudukan tercorot liga.
No comments:
Post a Comment