
West Ham yang mengalami krisis kecederaan terus memeningkan pengurus mereka untuk kesebelasan utama pada perlawanan ini. Dengan Mark Noble disisihkan sehingga tahun baru, manakala pemain tengah Scoot Parker tidak dapat diturunkan kerana masih belum cergas akibat kecederaan. Keadaan ini memaksa Grant menurunkan pemain pertahanan Jonathan Spector untuk beraksi dibahagian tengah. Kieron Dyer and Valon Behrami juga dilaporkan tidak akan diturunkan.
Kem Man Utd dilapor tidak menghadapi sebarang masalah namun sumber difahamkan pengurus Sir Alex dikatakan akan membariskan pasukan kedua untuk perlawanan ini.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan yang menyaksikan Arsenal akan melayan kunjungan Wigan di tempat sendiri. Eboue dijangka kembali untuk kesebelasan utama Arsenal malam ini setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan lutut. Khidmat Eboue sangat diperlukan untuk perlawanan ini bagi memberi laluan kepada Sagna untuk berehat. Selain dari itu, Wenger dijangka menurunkan van Persie, Walcoot dan juga Bentner dalam usaha untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka untuk perlawanan kompetitif.
Kembalinya Almunia dari kecederaan menyaksikan penjaga gol utama itu mungkin diturunkan pada awal pagi nanti, namun penjaga gol muda Wojciech Szczesny berkemungkinan diberi peluang sekali lagi.
Wenger mengharapkan pemain-pemain muda Arsenal beraksi cemerlang untuk memenangi perlawanan ini dalam usaha mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan. Kemenangan pada minggu lepas setelah mereka tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut akan memberikan semangat kepada barisan muda untuk terus melakar kemenangan.
No comments:
Post a Comment