Lebih kurang 11 tahun dulu, aku mula bekerja. Dalam kata lain kerja selepas habis sekolah. Tempatnya adalah bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Daerah, sebuah kedai runcit milik prostar (badan berkaitan antidadah kalau tak silap aku). Gaji pada ketika itu bergantung kepada pendapatan atau untung pada hari tersebut, kalau pemilik dapat banyak keuntungan, maka gaji aku pun tinggi, dan jika pendapatan terjejas, begitulah terjejasnya gaji aku. Dibayar mengikut hari dan bekerja dari jam 9 pagi ke 6 petang, aku dibayar purata RM5 ke RM10 sehari. Kerja agak mudah dan tidak memenatkan melainkan ramai pelanggan yang datang terutama ketika kanak-kanak pulang dari sekolah iaitu dari jam 12 tengahari ke 3 petang. Aku berkerja di sini sehinggalah keputusan SPM keluar.
Selepas SPM, aku kembali ke sekolah selama 6 bulan sebelum memasuki Uitm. 3 tahun di Uitm, aku sesekali tidak memasuki alam pekerjaan sehinggalah tamat belajar untuk 'fasa pertama'. Lebih kurang 2 bulan kemudian, aku bekerja di sebuah syarikat guaman yang baru menapak, staff hanya aku dengan bos. Berhadapan dan berkomunikasi dengan orang lain serta berurusan dengan orang-orang adalah pengalaman yang aku dapat dekat sini. Bermula 8 pagi hingga ke 5 petang, aku dibayar RM 200 sebulan untuk 1 hingga 4 bulan pertama, manakala gaji terakhir sebanyak RM800 setelah aku bekerja hampir 8 bulan. Selepas itu, aku kembali ke Uitm dengan harapan baru untuk 'fasa kedua' pengajian tinggi dengan 'harapan setinggi gunung' tidak berkecao menjadi debu. 3 tahun di Uitm, aku ada buat jualan komputer kepada budak-budak baru. Itupun hanya satu semester kalau tak silap. Bisness komputer ini agak masyuk memandang pada ketika itu agak sukar untuk budak-budak baru mendapatkan komputer buat belajar tidak seperti sekarang.
3 tahun di 'fasa kedua', aku sekali lagi ke Uitm untuk 'fasa ketiga' pengajian. Dan kali ini, aku ke kota besar. Peluang untuk mendapatkan pekerjaan separuh masa memang tinggi. Cuma aku saja yang malas untuk bekerja walaupun menyedari sangat memerlukan duit ketika itu. Namun, 6 bulan kemudian, aku bekerja secara sambilan di McDonalds. Tetapi cuma bertahan 2 hari sahaja disebabkan masalah pengankutan ke tempat kerja.
Selesai pengajian 'fasa ketiga', aku tidak menunggu lama, kembali ke kota metropolitan, aku kembali ke alam pekerjaan sebagai kuli di 7 eleven. 7 bulan aku bertahan di sini. Sangat banyak pengalaman dikutip setelah berdepan pelbagai ragam manusia dan sedikit sebanyak aku mengenali ragam orang kita. Aku mengenali ramai orang di sini, rata-rata yang bekerja di sini pelajar, dan mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan di luar sana disebabkan kelulusan, selain pada ketika ini agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Kemudian aku kembali sebagai kutu tegar, selama 2 bulan lebih. Sukar dengan simpanan semakin hari semakin susut. Selepas itu, rezeki datang lagi, kali ini lebih baik. Pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan yang ada. Namun begitu, ak perlu merempit hampir 180 km sehari untuk pergi dan balik dari tempat kerja. Sesuatu yang agak sukar.
Akan tetapi, seminggu kemudian, rezeki datang lagi, aku diterima bekerja di tempat lain. Dengan gaji yang lebih tinggi dan tempat bekerja juga tidak jauh dari penempatan, aku segera menerima tawaran tersebut dan melepaskan kerja sebelum ini. Di bidang yang sama, aku cuba untuk terus bekerja di sini. Semoga apa yang aku dapat diberkati dan rezeki yang halal datang kepadaku. Tatkala ini, aku bersyukur kepada-Nya, keluarga dan orang-orang yang mendoakan.

No comments:
Post a Comment