Sukan SEA untuk acara Bolasepak telah dimulakan pada 3 November lalu, namun pasukan kebangsaan hanya beraksi petang semalam untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan. Perlawanan untuk kumpulan B yang terdiri daripada Timor-Laste, Vietnam, Brunei, Laos, Myanmar dan Filipina telahpun selesai 2 perlawanan dengan Timor-Laste mengetuai kedudukan kumpulan B setelah mencatat 6 mata maksimum.
Kumpulan A yang dibarisi 5 pasukan iaitu tuan rumah Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, dan Kemboja memulakan perlawanan kelmarin dengan Thailand tidak beraksi untuk aksi pembukaan. Singapura menentang Malaysia petang semalam dengan perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Manakala, tuan rumah Indonesia beraksi menentang Kemboja dan mencatat kemenangan selesa 6-0.
Sementara kumpulan B yang memulakan sepak mula lebih awal menyaksikan Vietnam menewaskan Filipina 3-1, sementara Laos tewas kepada Myanmar 2-3. Pada perlawanan 5 November lepas, Brunei tewas kepada Timor-Laste 1-2 manakala Myanmar dan Vietnam seri tanpa jaringan. Semalam Timor-Laste meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Filipina 2-1. Laos pula seri 2-2 ketika menentang Brunei.
Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia akan menentang Thailand dan Singapura pula akan menentang Kemboja. Bagi kumpulan B, Myanmar akan bertemu Brunei sementara Timor-Laste akan melayan Vietnam dalam satu pertembungan yang agak menarik dan jika Timor-Laste meneruskan kemenangan mereka, peluang untuk ke separuh akhir dilihat cerah buat mereka.
***
Pasukan kebangsaan menempah laluan yang agak sukar untuk mempertahankan Pingat Emas setelah hanya mampu seri tanpa jaringan ketika menetang Singapura lewat petang semalam. Kegagalan barisan depan skuad negara untuk menembusi pintu gol Singapura jelas menunjukkan barisan depan sememangnya mempunyai masalah. Dengan barisan pertahanan juga seringkali melakukan kesilapan dan gagal untuk mengawal pergerakan pemain Singapura, namun nasib meyebelahi apabila pihak lawan juga gagal memanfaatkan peluang mereka.

No comments:
Post a Comment