Peminat produk Apple pastinya ternanti-nanti dengan pengumuman terbaru mengenai produk Apple, dan semalam setelah begitu lama menjadi bualan dan spekulasi tentang kemunculan ipad, akhirnya Apple mengumumkan Ipad Mini dan Ipad Generasi ke-4 nya.
Bercakap mengenai rekabentuk Ipad Mini, ia kelihatan seperti Ipad Generasi ketiga, bezanya saiz yang lebih kecil iaitu iPad Mini mempunyai skrin sebesar 7.87″ resolusi 1024×768.
Ipad Mini ini didatangkan dengan model cellular dan wifi serta model wifi sahaja dengan kapasiti seperti sebelum ini iaitu 16GB, 32GB dan 64GB selain 2 pilihan warna putih dan hitam. Produk ini akan mula memasuki pasaran US pada minggu hadapan dengan harga bermula USD 329. Untuk pasaran negara utama pula dijangkakan pada 2 November 2012 dan pasaran Malaysia masih belum diketahui bila akan sampai.
Apple juga memperkenalkan Ipad generasi ke-4 nya dengan skrin retina display dan menggunakan cip pemprosesan A6X yang mana kelajuannya 2 kali ganda dari kelajuan A5X. Sama seperti iPad ke-3, rekabentuk tidak banyak yang diperbaharui, begitu juga dengan harga yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment