Nasik Lemak Pagi

25 October 2012

Berita Perpindahan Pemain Liga Malaysia.

Juara Trebel musim ini, Kelantan berusaha untuk mengekalkan pemain bintang mereka untuk menghadapi Liga Super musim depan kerana menyedari cabaran lebih hebat bakal diberikan oleh pasukan lain. Pengurus pasukan turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain baru samada dari pasukan lain atau menyerap pemain piala presiden ke skuad utama. Namun, beliau menegaskan perkara itu masih di peringkat perbincangan.
Sementara itu, permainan cemerlang yang ditunjukkan tonggak pertahanan Obinna Nwaneri sepanjang musim ini, menarik minat pihak pengurusan untuk menawarkan kontrak baru untuk beliau kekal bersama pasukan musim depan dan bagi menghadapi saingan Piala AFC musim depan, Kelantan turut mengekalkan Keita Mandjou. Berkenaan kontrak penyerang Lebanon, Ghaddar, ianya masih dalam perbincangan dengan pemain tersebut dan besar kemungkinan mereka juga akan kekal untuk musim depan. Desas-desus berkenaan status pertahanan kental, Daudsu bakal berhijrah ke Johor sedikit melegakan peminat Kelantan apabila pemain itu terus kekal bersama pasukan, sementara Nurul Azwan Roya diberikan tempoh untuk memberi keputusan samada kekal atau berhijrah ke pasukan lain.


Selangor turut melakukan rombakan

Red Giants turut melakukan rombakan terhadap pasukan bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan. Difahamkan 9 tonggak mereka digugurkan dan dilepaskan ke pasukan lain. Safiq dikatakan bakal ke kelab Indonesia, Arema Pelita selain turut mendapat tawaran lumayan Johor FC. Amri mungkin ke PKNS FC atau Negeri Sembilan, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan bakal ke Pahang manakala Azidan Sarudin mendapat tawaran Perak.

Empat lagi pemain yang tidak lagi bersama Selangor musim depan dipercayai digugurkan ialah Bosko Balaban, P Gunalan, R Surendren dan G Jeevananthan.

No comments:

Post a Comment