E. Elavarasan hari ini diumumkan sebagai jurulatih Terengganu untuk musim hadapan bagi menggantikan Peter James Butler yang ditamatkan kontrak baru-baru ini.
Bekas pemain Selangor itu yang cukup berpengalaman sebagai jurulatih diyakini oleh pihak pengurusan PBSNT untuk memperkuatkan pasukan musim hadapan.
Jurulatih yang pernah membimbing Public Bank FC menjuarai Piala FAM dan seterusnya menaikkan pasukan itu ke Liga Perdana. Selepas melalui musim yang membanggakan di Liga Perdana, Elavarasan membantu Public Bank sekali lagi hingga mereka layak ke Liga Super dan berjaya menduduki tempat ketiga. Beliau kemudiannya menerajui Melaka selepas Public Bank FC mengambil keputusan berundur dari Liga Malaysia. Pada pertengahan musim 2010, beliau dipanggil untuk membimbing Felda United selepas jurulatih mereka ketika itu, Reduan Abdullah digantung oleh FAM dan membantu Felda United menjurai Liga Perdana dan layak ke Liga Super musim 2011. Beliau juga berjaya menjadikan Felda United antara pasukan yang memberikan cabaran kepada pasukan lain dalam liga super, piala fa dan juga piala malaysia.
No comments:
Post a Comment