Nasik Lemak Pagi

09 October 2012

Piala Malaysia dan Saya

sebenarnya sebarang piala yang ada, yang dipertandingkan di negara nie belum pernah aku merasainya..walaupun mengikuti setiap perkembangan bolasepak malaysia sekian lama..bukan kerana negeri sendiri belum pernah memenanginya tetapi ko ingat senang ke buat rilek nak pegang piala bagi seorang kutu jalanan?

berbalik kepada piala malaysia yang sudah hampir ke kemuncaknya hujung bulan ini.
Minggu lepas, Piala Malaysia telah sampai ke peringkat separuh akhir yang mana menyaksikan Lions12 melayan ATM di Singapura, manakala Kelantan menerima kunjungan Selangor di Kota Bharu.

#Lions12vsATM
Lions kembali menggegar pentas liga tempatan setelah sekian lama dan ini tahun yang boleh dibanggakan mereka pada musim pertama dengan muncol naib juara liga super dan setakat ini antara 4 pasukan terbaik saingan piala malaysia. Keputusan seri ditempat sendiri dan lawan memiliki sedikit kelebihan gol di tempat lawan, sebenarnya masih ada peluang buat mereka untuk ke final. Manakala ATM, pasukan dengan pemain baru yang memberi cabaran hebat, sebagai juara liga perdana, ATM berjaya ke peringkat 4 terbaik saingan Piala Malaysia. Berkelebihan gol di tempat lawan sebenarnya tidak memberi keselesaan kepada ATM, mereka harus berwaspada dengan kebangkitan Lions.

#KelantanVSselangor
Pertemuan dua musuh ini senantiasa dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan, perseteruan antara mereka sejak beberapa musim ini mencetuskan keghairahan peminat. Dengan Kelantan sedikit selesa setelah menang 1-0 di kota bharu, tetapi mereka harus berwaspada apabila beraksi di tempat lawan minggu ini......



kah kah kah kah

No comments:

Post a Comment