Nasik Lemak Pagi

19 October 2012

Pergantungan Butler tidak sah

FAM dalam sidang media semalam memutuskan pergantungan PBSNT ke atas jurulatih mereka Peter Butler adalah tidak sah dan dengan ini jurulatih berasal dari England itu masih mempunyai kontrak 15 bulan dengan Terengganu. Ini bermakna, Terengganu kini mempunyai 2 jurulatih selepas persatuan itu semalam mengumumkan E.Elavarasan sebagai jurulatih.

Butler juga gembira dengan keputusan yang dibuat FAM dan menyifatkan badan induk bolasepak itu bersikap profesional dalam mengendalikan kes beliau. Butler juga berharap majikannya akan menghormati kontrak beliau yang masih berbaki 15 bulan dan akan berbincang mengenai kontrak tersebut dengan PBSNT kelak.

Dalam pada itu, FAM turut menyatakan hukuman tatatertib dikenakan kepada 5 persatuan bolasepak negeri atas kesalahan yang melibatkan kelakuan penyokong mereka musim ini. Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) didenda sebanyak RM40K kerana tindakan segelintir penyokong mereka yang membaling botol air ke padang menyebabkan perlawanan terpaksa diberhentikan kira-kira 17 minit.

Perak (PFA) pula dikenakan denda RM10K atas kesalahan penonton membakar roket sejurus nyanyian lagu Negaraku serta membaling botol air ke atas penolong pengadil dan ke dalam padang.

PBSNT pula menerima denda RM10K juga akibat tindakan penyokong membaling botol di atas padang.PBNS dikenakan hukuman denda RM5K atas kesalahan membaling sos cili ke atas padang dan juga penolong pengadil.Sementara Sarawak FA dikenakan denda RM1K atas kesalahan menggunakan mercun.

No comments:

Post a Comment