Pemain sayap Kelantan, Nurul Azwan Roya mengesahkan menerima tawaran Johor untuk beraksi dengan pasukan dari selatan itu musim hadapan, walaubagaimanapun tumpuan beliau terhadap aksi akhir sabtu ini tidak terjejas dan cuba untuk memberikan sesuatu kepada pasukan dalam usaha mereka untuk menjuarai Piala Malaysia.
Dalam pada itu, Kelantan turut mengesahkan sebilangan besar bintang mereka akan kekal dalam pasukan musim hadapan seterusnya menafikan desas-desus ramai pemain mereka akan berhijrah musim hadapan. Sementara itu, jurulatih Kelantan juga difahamkan masih lagi berunding mengenai terma baru kontrak untuk musim hadapan.
No comments:
Post a Comment