Nasik Lemak Pagi

27 October 2012

Rajagobal muktamadkan senarai awal 35 pemain ke Piala AFF

Jurulatih kebangsaan mengumumkan senarai 35 pemain ke Piala AFF yang muktamad dan menyifatkan barisan ini adalah yang terbaik setakat ini. Senarai ini telah pun didaftakan untuk kejohanan tersebut sebelum mengurangkan kepada 22 pemain selepas berakhirnya perlawanan persahabatan nanti.

Jurulatih berusia 56 tahun itu berkata beliau akan menilai segala kelemahan yang wujud dalam semua posisi melalui tiga perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan depan.

FAM telah mengatur tiga perlawanan persahabatan 'A' untuk skuad Harimau Malaya iaitu menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 3 Nov, berdepan Thailand di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai pada 7 Nov sebelum melengkapkan aksi menentang Hong Kong pada 14 Nov di Stadium Shah Alam.

Barisan 35 orang pemain skuad Malaysia yang telah didaftarkan untuk menggalas cabaran negara di AFF Cup 2012:

PENJAGA GOL: Khairul Fahmi, Farizal Marlias, Norazlan Razali, Izham Tarmizi

PERTAHANAN: Mahalli Jasuli, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan, Rizal Fahmi, Bunyamin Omar, Amiridzwan Taj, Azmi Muslim, Zubir Azmi, Nik Shahrul Azim, Fadhli Shas, Irwan Fazli, Afizie Faisal

TENGAH: Safiq Rahim, Shaki
r Shaari, Gary Steven, Badrol Bakhtiar, Amar Rohidan

SAYAP: Azzamuddin Akil, Yong Kuong, Gopinathan, Wan Zack, S.Kunalan, Rozaimi Abd Rahman, Chrstie Jayaseelan

PENYERANG: Safee Sali, Norshahrul, Zaquan Adha, Khyril Muhymeen, Shakir Ali, Hazwan Bakri, Fakri Saarani

Tiada lagi eksperimen kerana barisan ini sudah didaftarkan ke AFF.
Kredit:HMC

No comments:

Post a Comment