Nasik Lemak Pagi

30 June 2010

novel sekerat jalan : Liku-liku ke Johanesbuk

Rahim mengemaskan barang-barang yang telah siap dimasukkan di dalam kotak. Disusunnya cantik di sisi tangga rumah. Isterinya, Jamilah sibuk di dapur. Mengemas apa yang diperlukan. Selepas memasak sarapan pagi untuk mereka empat beranak, dia tidak habis-habis mengemas bahagian dapur. Diteliti betul-betul, bimbang ada barang berharga yang tertinggal. Rahim dan Jamilah mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di tanah air sendiri setelah lebih 20 tahun berkelana di tempat orang. Dari zaman belajar sehinggalah zaman kerjaya, Rahim merasakan cukup untuk beliau berbakti kepada negara sendiri.

"Mak, betul ke kita nak balik ke Malaysia?", tanya Riezal yang sedikit kecewa dengan keputusan bapanya.
"Betul Ejal, dah sampai masanya kita balik ke negara sendiri. Kenapa, Ejal tak suka?" tanya Jamilah kepada anak bongsunya itu yang dari tadi asyik menonton televisyen tanpa menghiraukan ayah, ibu dan kakaknya yang sedang sibuk berkemas.
"Bukan tak suka mak. Tapi...hurmmm..tak bolehkah ayah tangguh dulu perancangan dia tu, pindah 2 bulan lagi ke..sebulan lagi ke" jawab Riezal sambil cuba merayu kepada ibunya agar permintaan dikabulkan.
"Dah, pergi kemas barang-barang kamu tu. Jangan nak banyak cakap. Kalau dah ayah cakap tu, ikut saja lah" tegas Puan Jamilah sambil meninggalkan anaknya untuk mengemas barang di tingkat atas. Sementara itu, En. Rahim keluar untuk menguruskan penghantaran kereta dan motosikal.

29 June 2010

ミッションショックを歓迎


Japan, satu-satunya pasukan Asia yang masih lagi beraksi di Piala Dunia 2010. Dengan harapan ingin melakukan kejutan mara ke peringkat separuh akhir sepertimana yang dilakukan Korea Selatan pada edisi 2006. Pertemuan dengan Paraguay dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan dan keupayaan.

Anak-anak buah Okada yakin mereka mampu melakar gemilang menewaskan pasukan Paraguay dan menerukan misi ke separuh akhir. Andai menang pada pertemuan ini, mereka akan berdepan pemenang di antara Spain dan Portugal, lawan yang sukar untuk di tempuhi mereka. Jadi seluruh warga Asia. Moh sokong Japan. Go Asia!

Concorrência para as quartas-de-final ao pico

Perebutan tiket ke peringkat suku akhir sampai ke kemuncak dengan empat pasukan bersaing pada malam ini dan awal pagi nanti untuk mengiringi Uruguay, Ghana, Holland, Brazil, Argentina dan Jerman yang telahpun mengesahkan tiket ke Suku Akhir.

Diperingkat pusingan kedua, Uruguay melayakkan diri setelah menyekat kemaraan Korea Selatan dengan kemenangan 2-1. Manakala Ghana mengejutkan USA dengan jaringan yang sama menjadikan mereka pasukan Afrika pertama layak hingga ke saingan suku akhir. Semalam, Holland menafikan hajat Slovakia untuk melakukan kejutan apabila menang 2-1 menerusi jaringan Arjen Robben dan Sneijder. Slovakia mendapat gol saguhati menerusi sepakan penalti Vittek pada minit-minit terakhir perlawanan. Lewat pagi semalam, Brazil meneruskan cabaran untuk memenangi Piala Dunia ke enam dengan membenam cabaran Chile 3-0 menerusi jaringan Juan, Fabiano dan Robinho.

Argentina mara setelah menang ke atas Mexico 3-1 manakala Jerman mengetepikan cabaran pasukan pilihan yang tidak konsisten England dengan jaringan besar 4-1. Kedua-dua perlawanan yang sedikit kontroversi dengan jaringan Tevez dikira walaupun dia jelas berada di kedudukan offside manakala pengadil menafikan jaringan Lampard walaupun bola jelas melepasi garisan gol.

Pasukan Asia tunggal Jepun akan bertemu Paraguay untuk mengesahkan tiket ke Suku Akhir malam ini. Manakala satu perlawanan lagi mempertemukan pasukan di tangga ke-2 dan ke-3 dunia Ranking FIFA iaitu Sepanyol dan Portugal.

23 June 2010

Perebutan tempat ke Pusingan kedua semakin sengit

Saingan ke pusingan kedua semakin sengit dengan pasukan masing-masing terus mencari peluang untuk ke pusingan kedua tanpa menunggu perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Antara pasukan yang telahpun berjaya ke peringkat seterusnya adalah Argentina, Holland, Brazil dan juga Chile. Saingan terus sengit dengan beberapa pasukan dilihat berkemampuan dan keputusan positif pada perlawanan akhir akan menentukan hala tuju tersebut.

Kumpulan A dan B telah mengharungi kesemua perlawanan peringkat kumpulan semalam dengan menyaksikan pasukan Uruguay dan Mexico melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan. Sementara itu, South Korea mengiringi Argentina ke pusingan kedua setelah seri 2-2 pada perlawanan terakhir mereka ketika menentang Nigeria. Greece gagal menempatkan diri setelah tewas 0-2 kepada Argentina semalam. Pasukan tuan rumah, South Africa gagal melayakkan diri meskipun menang ke atas Perancis 2-1. Perbezaan jaringan menyaksikan Mexico layak walaupun tewas 0-1 kepada Uruguay dalam perlawanan terakhir semalam. Pasukan bermasalah, seperti yang dijangka gagal ke pusingan kedua setelah Perancis kecundang mudah.

Setelah 2 perlawanan peringkat kumpulan, England dilihat berkemungkinan tersingkir awal dari kejohanan dan bergantung kepada keputusan positif ketika menanti kunjungan Slovenia. Keputusan seri bakal menyaksikan mereka pulang awal memandangkan USA tidak mempunyai masalah berdepan Algeria. Seandainya kedua-dua perlawanan kumpulan C adalah seri, Slovenia dan USA bakal mengisi slot ke pusingan kedua.

Persaingan kumpulan D lebih terbuka kerana tiga pasukan dilihat mempunyai peluang untuk layak. Ghana, German dan Serbia, masing-masing perlu menang pada pertemuan terakhir untuk layak. German yang pada perlawanan pertama dilihat konsisten perlu merangka strategi ampuh dalam memastikan mereka menang menentang Ghana. Serbia berkemungkinan tidak mempunya masalah bertemu lawan yang telahpun gagal ke pusingan kedua, Australia.

Perlawanan penting antara Denmark dan Japan bakal menentukan pasukan mana yang layak untuk mengiringi Holland. Kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang sama rata dan aksi di tengah padang yang lebih konsisten bakal menentukan nasib mereka. Jepun yang tewas kepada Holland baru-baru ini bakal turun habis-habisan dalam memburu tempat ke pusingan kedua setelah gagal melakukannya pada edisi 2006.

Dua kumpulan iaitu G dan H menyaksikan persaingan sengit kerana masing-masing hanya memerlukan satu pasukan sahaja untuk layak ke peringkat 16 pasukan. Brazil layak tanpa perlu menunggu perlawanan terakhir begitu juga dengan Chile yang mengumpul 6 mata setelah menang 1-0 ketika bertemu Switzerland pada perlawanan kedua. Portugal dilihat berpeluang meskipun mereka tewas apabila bertemu Brazil nanti kerana jumlah jaringan yang agak ketara jika dibandingkan dengan saingan mereka Ivory Coast. Pada perlawanan kedua mereka menewaskan Korea Utara 7-0. Sementara itu, Ivory Coast mampu untuk ke pusingan kedua jika Portugal tewas kepada Brazil, dengan syarat mereka perlu menang sekurang-kurangnya 8-0 untuk mengurangkan defisit jumlah jaringan dengan Portugal. Sementara Kumpulan H pula, Spain dan Switzerland bersaing untuk layak. Mereka berpeluang seandainya salah satu daripada mereka menang pada pertemuan terakhir mereka.

Nasib juara bertahan, Italy bergantung kepada keputusan perlawanan mereka dan juga perlawanan di antara Paraguay dan New Zealand. Mereka perlu menang menentang Slovakia untuk layak. Kesemua pasukan dalam kumpulan ini mempunyai peluang untuk mengisi slot ke peringkat 16 pasukan nanti.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyaksikan banyak pertembungan menarik dan hidup mati bagi sesetengah pasukan. Aksi tidak konsisten pada 2 perlawanan awal seharusnya diperbaiki seandainya mereka ingin meneruskan persaingan. Pasukan-pasukan pilihan yang dilihat bergelut dengan prestasi akan dapat disaksikan pada perlawanan penentuan ini yang menentukan hala tuju mereka ke peringkat seterusnya. Dan bagi pasukan yang telah layak, mereka seharusnya menjadikan perlawanan terakhir sebagai medan memperbaiki kelemahan dan percaturan selain memberi peluang kepada kesebelasan utama untuk berehat dan memberi laluan kepada pemain simpanan untuk membuktikan kemampuan.

21 June 2010

Estamos qualificados para a segunda ronda

Menepati ramalan. Salah satu pasukan feberet gua sepertimana edisi terdahulu - 1994, 1998, 2002 dan 2006 - berjaya mengatasi Ivory Coast untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua. Fabiano akhirnya berjaya menjaringkan gol di Piala Dunia apabila merembat padu dari sudut sukar setelah menerima hantaran Kaka.

Permainan yang gua kira agak sempurna walaupun Brazil sedikit membuka ruang kepada barisan Ivory Coast untuk melakukan serangan terutama pada babak kedua. Kaka sedikit meningkat permainan walaupun tidak sampai ke tahap permainan beliau yang sebenar. Mencipta ruang untuk 2 gol Brazil dan disempurnakan dengan baik oleh Fabiano dan juga Elano.

Ivory Coast juga menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan perlawanan pertama mereka walaupun pada awal permainan agak tenggelam dan tidak memanfaatkan beberapa peluang. Kemasukan pemain berjersi no.10 mengubah sedikit permainan mereka dengan serangan dan hantaran kerap kali mencemaskan pertahanan Brazil. Dan akhirnya, kapten Drogba berjaya menghasilkan gol melalui tandukan setelah barisan pertahanan Brazil menjangkakan penyerang itu berada dalam keadaan offside.

Di akhir permainan dilihat sedikit tegang apabila Kaka dilayangkan kad merah seteleh menerima 2 kad kuning. Insiden pemain tengah Ivory Coast Keita disiku hampir mencetuskan pergaduhan.

Kekalahan ini memberi sedikit tamparan buat pasukan Ivory Coast untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Mereka seharusnya menang pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Utara selain mengharapkan Portugal mengalami kekalahan pada 2 perlawanan terakhir mereka.

Ringkasan keputusan perlawanan

Greece
2 - 1
Nigeria
Argentina
4 - 1
South Korea

Untuk match Argentina vs South Korea, gua hanya menonton ketika separuh masa kedua hampir ditamatkan. Dan Argentina sedang mendahului Korea dengan jaringan 2-1 pada ketika itu. Gua mengharapkan Korea mampu menyekat kemaraan Argentina dan memberikan tentangan sengit atau paling kurang mereka berkongsi mata. Tetapi perlawanan yang berlangsung di Soccer City Stadium ini berkesudahan Argentina menang besar dengan Higuin meledak hatrik manakala Lionel Messi membuka ruang untuk 3 gol Argentina.

Slovenia
2 - 2
USA
England
0 - 0
Algeria

Gua amik keputusan untuk tidak menonton match Slovenia-USA kerana memilih untuk menyaksikan 'gergasi' eropah England melayan pasukan kerdil Algeria. Dengan keadaan mengantuk, England menyajikan aksi longlai dan sangat teruk membuatkan gua terlelap di kedai mamak. Algeria dilihat lebih teratur permainan mereka berbanding England yang mempunyai ramai bintang bolasepak dunia tetapi gagal menguasai dan mengatasi pasukan kerdil.

Germany
0 - 1
Serbia
Ghana
1 - 1
Australia

German pada pandangan gua pasukan yang agak menyerlah jika dilihat pada perlawanan pertama mereka. Namun ketika berdepan Serbia, mereka gagal dan sukar untuk melepasi benteng pertahanan Serbia selain gagal memanfaatkan peluang keemasan. Ini termasuk sepakan penalti Podolsky gagal menerjah jaring setelah Jerman dihadiahkan sepakan tersebut setelah Vidic dengan sengaja menampan bola menggunakan tangan. Kekalahan ini menyekat peluang Jerman untuk mengikuti Argentina mara ke pusingan kedua lebih awal.

Netherlands
1 - 0
Japan
Cameroon
1 - 2
Denmark

Perlawanan Holland-Jepun antara yang gua nantikan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan ini. Dengan kemenangan bermakna pasukan tersebut layak ke pusingan kedua. Apa yang gua perhatikan Jepun tidak bermain sepertimana game pertama mereka. Namun mereka tetap memberikan tentangan sengit dan banyak peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan disia-sia begitu sahaja. Gol Sneider dari jarak jauh gagal diselamatkan dengan kemas oleh Kawashima. Kerana terlalu laju, Kawashima menepis bola rembatan Sneider ke dalam gawang gol. Sementara pemain tengah menyerang, Honda gagal beraksi dengan baik tidak sepertimana game sebelum ini.

***

Cameroon pulang awal setelah tewas buat kali kedua. Kali ini Denmark memanfaatkan peluang dan menghidupkan cabaran untuk ke pusingan seterusnya. Gol pertama Bendner, penyerang kelab gergasi eropah dan Romendal memberikan kemenangan penting kepada Denmark untuk mencabar Jepun untuk mengisi satu slot ke pusingan kedua.

Slovakia 0 - 2 Paraguay
Italy 1 - 1 New Zealand

New Zealand bersemangat untuk mengikat juara bertahan. Mereka mampu untuk ke pusingan seterusnya.

Longue histoire hanter

Episod hitam dalam edisi 2002 di Jepun/Korea kembali menghantui pasukan Perancis. Dengan sehingga perlawanan ke dua peringkat kumpulan semalam, Perancis masih gagal menghasilkan gol dan berdepan dengan penyinkiran awal di peringkat kumpulan. Masalah dalaman dan pelbagai spekulasi hangat dibangkitkan yang membawa kepada prestasi buruk Perancis pada kejohanan kali ini. Percaturan jurulatih juga antara penyebab kepada prestasi terumbang ambing mereka di Piala Dunia kali ini.

***

Gua penuh bersemangat untuk menonton match pasukan feberet gua kali ini. Dengan andaian mereka menggunakan formasi 4-4-2 atau 4-3-3. Penjaga gol kekal milik Hugo Lloris dengan barisan pertahanan diketuai kapten Evra di sebelah kiri, Gallas dan Abidal dibahagian tengah dan di sebelah kanan Sagna. Di bahagian tengah, seandainya digunakan 3 pemain, Toulalan kental sebagai defensive. Manakala kiri dan kanan boleh diisi dengan Gourcuff dan Malouda. Bahagian serangan menjadi milik Henry di sebelah kiri dan Ribery serta Anelka di bahagian tengah serangan. Jika empat pemain di bahagian tengah, Ribery berkemungkinan kembali ke bahagian sayap kiri. Dan itulah apa yang gua rasa sesuai dipraktikkan ketika bertemu dengan Mexico.

Kali nie gua melayan di Khulafah belakang Shell. Tengok bahagian bawah kt tepi jalan sebab tempat duduk kat atas dah penuh. Di awal permainan, seimbang dengan saling berbalas serangan. Bahagian tengah berfungsi dengan baik walau kadang-kadang hantaran tidak tepat. Dan apa yang mengejutkan gua adalah perancang tengah, Yoann Gourcuff tidak dalam kesebelasan utama. Kalau nak diikutkan beliau bermain tidak la teruk semasa game pertama yang lepas. Untuk separuh masa pertama game seimbang dan Perancis tidak la seteruk mana.

Separuh masa kedua bermula dengan Mexico banyak merencana gerakan dan serangan. Pemain muda mereka, Dos Santos cukup cemerlang dengan beberapa percubaan bahaya ke gawang Perancis. Namun Lloris kentang mengawal gawang. Namun gol Mexico hadir apabila barisan pertahanan menyangka Hernandez berada dalam keadaan offside. Kesempatan hanya berdepan Lloris digunakan sepenuhnya untuk meledak gol pertama Mexico pada minit ke-64.

Kemudian Perancis gagal mengimbangi perlawanan dan pertukaran pemain yang tidak sepatutnya terus memburukkan lagi aksi Perancis. Kesilapan pertahanan tengah Abidal mengasari penyerang Pablo Barrera menghadiahkan sepakan penalti kepada Mexico. Pemain veteran Blanco mudah menewaskan Lloris untuk gol kedua Mexico seterusnya menyukarkan peluang Perancis untuk meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya.

17 June 2010

que dicen que España demasiado fuerte?

Semalam gua layan spain agak lewat. Adalah dalam 10-15 minit. Gua kalau match melibatkan spain mmg gua tak into sangat. Semenjak dari World Cup 1990 lagi. Siapa kata spain kuat sgt ? Tengok time Piala Dunia yang lepas-lepas tu.

Gua pilih nak layan match nie dekat sec 7. Dah la meja gua kat luar. Tb saiz 24 inc tu ada kat dalam. Jadi secara automatiknya gua tengok secara kasar. Lagipun time tu gua memang lapar selepas tak makan satu hari tambah kerja berat. Jadi bila makanan gua sampai tu, gua attack makanan dulu. Spain punya game belakang kira.

Berbalik kepada match tersebut. Kali ini memang sah gua sokong Switzerland. Sebab bekas kereta kebal Arsenal ada dalam team tu dan tengah main sekarang. Tu yang Villa terhegeh-hegeh nak score tu. Pique pun takut-takut nak score sebab ada brader Senderos. Tapi sayang, beliau dikeluarkan dan gua tak pasti kenapa.

Akhinya lepas gua kenyang gua cabut balik umah layan result kt 'Livescore'. Dan Sepanyol yang dikatakan kuat tu kalah mengejut 1-0 hasil jaringan Fernandez pada minit ke-52. Ini antara kejutan terbesar Piala Dunia ini tahun.
Sebabnya Spain tidak menurunkan perancang mereka dari kelab terhebat dunia yang pakai jersi no 10.

Eu tento o meu melhor jogo seguinte - Ronaldo

Côte d'Ivoire vs Portugal

Cristiano Ronaldo, antara pemain terbaik dunia ketika di temui selepas perlawanan berkata 'Eu tento o meu melhor jogo seguinte' seakan memberi amaran bahawa beliau akan beraksi tahap maksimum untuk perlawanan akan datang. Apa yang pasti sama-sama kita saksikan. Adakah kemarau gol di peringkat kebangsaan akan berterusan atau sebaliknya.

Perlawanan ini agak hambar dimana kedua-dua pasukan dilihat terlalu berhati-hati dan bermain dengan cermat untuk mengelak dari kekalahan. Namun apa yang pasti, Ronaldo sempat melakukan rembatan menarik dari jarak jauh tetapi dinafikan oleh tiang gol.

Kemasukan Drogba juga tidak memberi impak yang memuaskan kepada pasukan Ivory Coast. Kesudahannya perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Brazil vs North Korea

Brazil menerima tentangan sengit dari pasukan kerdil, Korea Utara. Perlawanan yang berlangsung agak menarik dimana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Korea Utara juga dilihat mampu mengimbangi perlawanan dan bijak menyekat serangan-serangan dari pasukan Brazil. Gol pada separuh masa kedua oleh Maicon dan Elano memberi kelebihan kepada Brazil. Sementara Ji Yun-Nam tidak dapat tidur kerana terlalu gembira dapat menjaringkan gol untuk Korea Utara ketika bertemu pasukan terkuat dunia, Brazil. Kemenangan ini ternyata memberi semangat dan mencerahkan peluang Brazil dalam misi memenangi Piala Dunia ke-6 mereka.

Honduras vs Chile

Perlawanan ini berpihak kepada Chili 1-0. Kemenangan pertama mereka di Piala Dunia selepas 48 tahun.

16 June 2010

Laporan perlawanan

German vs Australia

German mengesahkan status pasukan yang perlu diberi perhatian dalam kejohanan ini apabila berjaya menjinakkan cabaran Australia pada perlawanan pertama mereka. German menang selesa 4-0 melalui jaringan Podolsky, Klose, Mueller dan Cacau.

Holland vs Denmark

Perlawanan yang dijangka menarik ini, pada pandangan gua tidak lah menarik sangat. Aksi meyakinkan Holland di peringkat pemanas badan tidak mampu mereka terjemahkan dalam perlawanan ini. Selain mengharapkan gol sendiri pertahanan Denmark Agger, barisan serangan kerap kali mengsia-siakan peluang menjaringkan gol. Akhirnya mereka menang setelah Kuyt menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan.

Jepun vs Cameroon

Gua sebelum perlawanan ini berlangsung meletakkan keputusan seri dan Jepun turun bermain secara bertahan dan tidak banyak serangan akan dilakukan. Ternyata ramalan gua meleset apabila barisan pemain-pemain Jepun begitu bersemangat untuk menang pada perlawanan pertama mereka. Hantaran tepat dan kental bertahan menyaksikan mereka menang menerusi jaringan Ketsuke Honda pada minit ke-39. Cameroon yang banyak menguasai permainan gagal menghasilkan gol walaupun beberapa peluang keemasan terhidang selain dinafikan oleh kecekapan penjaga gol Jepun Kawashima. Perlawanan akhirnya memihak kepada Jepun 1-0.

Italy vs Paraguay

Keputusannya adalah seri 1-1. Barisan veteran Italy tidak mampu untuk mengatasi Paraguay. Gol jaringan Alcaraz berjaya disamakan oleh De Rossi pada minit ke 69. Gua tak layan game nie sbb satu mengantuk nak p kerja besoknya dan satu sebab gua syak sah-sah game nih hambar. Ye dak?

Berita dari Johanesbuk 9

Kecederaan terus hantui pemain

Siri kecederaan terus menghantui pemain-pemain di kejohanan ini yang mana baru memasuki hampir satu perlawanan bagi setiap pasukan yang bertanding.

Ledley King - pemain ini mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan menentang USA baru-baru ini. King memperjudikan nasib dengan menyatakan kesanggupan untuk turun pada perlawanan tersebut biarpun kecederaan lututnya belum sembuh sepenuhnya. Akibatnya, dia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-45 perlawanan akibat kecederaan pangkal paha. Dia dijangka cergas sepenuhnya sehingga separuh akhir kejohanan.

Wayne Rooney & Ashley Cole - Kedua-dua pemain ini kembali menjalani latihan setelah berehat akibat kecederaan. Keadaan ini ternyata melegakan kem England dalam persiapan menghadapi perlawanan penting menentang Algeria. Rooney mengalami kecederaan kaki ketika perlawanan pembukaan mereka baru-baru ini, manakala Cole terus mengalami kecederaan lama.

William Gallas - mengalami masalah otot ketika beraksi pada perlawanan pertama dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan dalam perlawanan kedua menentang Mexico. Namun, Domenech dilaporkan masih mengharapkan Gallas sempat cergas sepenuhnya sebelum perlawanan penting yang akan menentukan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, di kem Perancis. Domenech dikatakan bersedia menurunkan pemain sayap, Florent Molouda untuk kesebelasan utama apabila menentang Mexico nanti setelah tidak berbuat demikian ketika menentang Uruguay baru-baru.
Sementara itu penjaga gol ketiga Perancis, Cedric Carrasso dilaporkan tidak dapat meneruskan baki aksi di Piala Dunia akibat kecederaan otot di paha kiri. Walaubagaimanapun penjaga gol Bordoux itu sedang menjalani ujian untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaan. Beliau adalah penjaga gol ketiga dalam perancangan Raymond Domenech selepas penjaga gol utama Hugo Lloris dan Steve Mandanda.

15 June 2010

Pasukan gergasi mulakan kempen dengan bergaya

Argentina vs Nigeria

Perlawanan yang menarik pada perkiraan gua sebelum sepak mula. Salah satu tarikan gua untuk tonton game nie adalah kerana pemain terbaik dunia akan beraksi. Lionel Messi, nama besar dan antara pemain paling menyerlah musim ini bersama kelab Barcelona. Sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan. Dengan itu, gua tanpa ragu-ragu menyatakan pemain ini akan menyerlah pada perlawanan pembukaan Argentina.


Messi gagal mempamerkan persembahan terbaik, namun gembira dengan kemenangan Argentina

Di awal perlawanan, Argentina mengusai permainan dengan sempurna. Hantaran-hantaran kemas dan percubaan-percubaan yang sesekali menguji benteng skuad Nigeria. Lebih kurang 5 minit perlawanan berlangsung, Heinze menanduk masuk untuk gol pembukaan Argentina. Perlawanan seterusnya agak hambar sehinggalah tamat separuh masa pertama.


Abg Heinze stedi ketika meraikan jaringan.

Bermula separuh masa kedua, Nigeria bermain lebih tersusun dan seringkali mencemaskan kem Maradona. Messi gagal menterjemahkan aksi sebagaimana dilakukan bersama Barcelona. Selain dari kecekapan dan ketangkasan penjagol gol Nigeria, Vincent Enyeama harus mendapat pujian. Kerap kali menggagalkan percubaan barisan serangan Argentina. Barisan tengah pasukan ini perlu diperkemaskan lagi untuk lebih tersusun dalam merencana serangan. Maradona seharusnya menggantikan Veron dengan Riquelme yang lebih kreatif di bahagian tengah walaupun beliau dilaporkan berada di Buenosss Ariess.


Aksi lagenda ketika meraikan kemenangan.

Perlawanan-perlawanan lain.

South Korea vs Greece

Pasukan Asia ini membuktikan mereka mampu menjinakkan pasukan eropah. Korea Selatan memulakan kempen dengan bergaya apabila berjaya mengatasi bekas juara eropah, Greece dengan 2 gol kosong. Gol jaringan Lee Jung-Soo dan ketua pasukan Park Ji-sung sudah cukup buat mereka meraih tiga mata penting. Greece tidak mampu menyekat permainan kemas, tersusun dan pantas yang dipamerkan Korea Selatan semalam sekali gus menyaksikan mereka bakal pulang awal dalam kejohanan edisi kali ini.


Ji-sung meraikan jaringan menarik ketika bertemu Greece.

14 June 2010

Berita dari Johanesbuk 8

Salam hormat,
gua lama tak tulis berita nih. Bukan apa, selalu sangat lari tune gua punya time management sehari dua nih. Sampaikan nk lepak-lepak ngn Subkiddin pun dah tak sempat dah.

Laporan Perlawanan Pembukaan

Untuk upacara pembukaan gua tak dapat nak tengok secara keseluruhan disebabkan gua pegi honeymoon dengan layan kerang bakar kat Cape Town tempohari.
Perlawanan pembukaan pun dah sampai seken half dah gua tengok. Dia punya true jugaklah fan-fan Afrika Selatan nih. Dah tak tahu nak berenti dah tiup Vuvuzela tuh. Sampaikan Mexico jaringkan gol pun layan Vuvuzela nih.

Seronok katanya layan Vuvuzela nih.

Berbalik kepada perlawanan tadi, gua memang tak dapat nak pastikan pasukan mana yang gua patut sokong. Sebabnya kedua-dua pasukan bukan peberet gua. Jadi mengharapkan permainan cantek, kemas dan teratur adalah sebab gua layan match nih. Tapi tiap kali pasukan Mexico menyerang, gua jadi automatik nak menyokong pula. Ni mungkin salah satu sebab penyerang mereka adalah salah seorang penyerang mereka, Carlos Vela dari kelab paling hebat di eropah dan liga domestik.

Separuh masa kedua bosan jugak la gua tengok. Sampaila minit ke-55. Tu dia rembatan padu kaki kiri Tshabalala memecah kebuntuan jaringan dan gol pertama Piala Dunia edisi ke 19 ini sangat menarik dan langsung tidak dapat dihalang oleh penjaga gol Mexico, Ridzuan Hashim.
Sampai la abg Marquezz skor sebijik buat Mexico pada minit ke-79 sebelum gua balik tidur untuk layan pasukan peberet gua, France beraksi pagi nanti.

Laporan Perlawanan - Uruguay vs France

Antara perlawanan yang gua mungkin tidak akan terlepas. Dan sebelum perlawanan gua mengharapkan France mencatatkan kemenangan dan menepis segala masalah dalam pasukan untuk pergi lebih jauh untuk kejohanan ini. Target buat masa ini adalah layak ke pusingan kedua nanti.

Perlawanan dilihat berlangsung hambar dan kadangkala ada serangan bahaya dari kedua-dua pasukan. Sindrom pasukan terbahagi kepada dua masih ada lagi pada pandangan gua. Ini dapat dilihat dalam persembahan pada perlawanan ini. Kejutan juga berlaku apabila Malouda tiada dalam senarai kesebelasan utama.

Uruguay yang mengharapkan penyerang berbisa mereka, Diego Forlan berjaya melakukan beberapa asakan bahaya. Namun barisan pertahanan dan penjaga gol Perancis berjaya menafikan percubaan-percubaan tersebut.

Sepakan percuma dari jarak jauh Yoann Goucuff berjaya ditepis keluar selain serangan-serangan dari Ribery, Henry dan Anelka berjaya dikekang pertahanan Uruguay yang cukup kental.

Kesudahannya perlawanan berakhir dengan keputusan seri kosong-kosong.
Perancis perlu melakukan sesuatu terhadap barisan mereka dan meningkatkan persembahan mereka pada perlawanan akan datang seandainya ingin mara ke peringkat pusingan 16 pasukan. Kerjasama dalam pasukan perlu diberi penekanan dan masalah dalaman mereka seharusnya perlu diselesaikan segera.

11 June 2010

Berita dari Johanesbuk 7

Salam semua, kurang beberapa jam lagi sepak mula kejohanan Piala Dunia akan dilangsung di Stadium Soccer City, Johanesbuk. Pada ketika ini kelihatan peminat-peminat sudah sedia untuk meraikan majlis pembukaan atau Opening Ceremony bagi kejohanan ini. Selepas persediaan dilakukan beberapa tahun, kini Afrika Selatan bersedia melakukan sesuatu yang bersejarah buat mereka, menganjurkan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.

Kini tumpuan dunia terarah ke Afrika Selatan!

Upacara pembukaan penuh gemilang malam ini sedikit hilang seri apabila bekas presiden berpengaruh, Nelson Mandela tidak dapat menghadiri upacara ini selepas cicit perempuan beliau meninggal semalam selepas pulang dari menghadiri konsert pra-piala dunia. Cicit beliau yang berusia 13-tahun itu diberitakan cedera parah sebelum meninggal.

"Afrika Selatan telah membangun dan kita tidak akan pernah sama selepas Piala Dunia ini" komen Presiden Jacob Zuma.
"Abg Mandela berusaha dan bekerja keras untuk memenangi penganjuran kejohanan ini, jadi kita dedikasi Piala Dunia ini kepada beliau" menambah lagi abg Zuma memuji kesungguhan Mandela.

Preview Perlawanan : Afrika Selatan vs Mexico

Ketika dunia terarah kepada majlis pembukaan, tumpuan juga kepada perlawanan pertama Piala Dunia edisi ke-19 ini diantara pasukan tuan rumah menentang Mexico. Di atas kertas kelebihan sudah tentu menjadi milik pasukan anak-anak buah Carlos Alberto Pareira dengan sorakan penyokong sendiri yang akan menjadi semangat kepada mereka untuk melakukan kejutan malam ini. Diketuai pemain tengah penuh pengalaman Pienaar, Afrika Selatan mampu membuat kejutan pada malam pembukaan nanti.

Kemampuan Mexico juga tidak harus dipandang sinis oleh sesetengah media dan peminat tempatan. Walaupun persembahan mereka tidak konsisten semasa aksi pemanas badan baru-baru ini, tetapi barisan Errikson ternyata ada sesuatu yang harus dibuktikan. Dengan gabungan pemain veteran dan berpengalaman dengan tenaga muda, mereka pasti mampu mengatasi tuan rumah pada malam ini. Rafael Marqueez dan pemain-pemain muda seperti Vela dan Hernandez mampu membuat Errikson tersenyum nipis.
Namun kita mengharapkan persembahan menarik dari kedua-dua pasukan.


10 June 2010

Berita dari Johanesbuk 6

Vieira yakin kemampuan Perancis.

Bekas pemain tengah dan kapten pasukan Perancis, abg Vieira yakin Perancis mampu melakukan kejutan pada kejohanan kali ini walaupun diberitakan keharmonian pasukan sedikit terganggu akibat ketidakpuasan hati dikalangan pemain dengan Domenech. Keadaan ini berlaku selepas keengganan Domenech meletakkan penjaring terbanyak pasukan King Henry dalam kesebelasan utama. Namun keadaan ini pantas dinafikan oleh ketua pasukan mereka dengan menyatakan masalah ini tidak akan mengganggu persembahan mereka pada perlawanan pertama nanti.

Sementara itu, di kem Sepanyol sedikit keresahan melanda apabila pemain tengah kreatif Iniesta dilaporkan mengalami kecederaan kecil dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan pada perlawanan pembukaan mereka. Namun ketua jurulatih mereka tidak berasa gusar kerana memiliki ramai pemain tengah berkaliber.

09 June 2010

Berita dari Johanesbuk 5

Julio Cesar sedia diturunkan - Dunga

Jurulatih skuad juara 5 kali, Dunga menegaskan beliau tetap dengan keputusan menurunkan penjaga gol utama pasukan, Cesar pada perlawanan pertama mereka menentang Korea Utara nanti meskipun penjaga gol itu dikuatiri tahap kecergasannya. Ini diakui sendiri oleh jurulatih penjaga gol pasukan, Wendel Romanho yang merasakan Cesar sepatutnya diberi rehat pada perlawanan pertama dan memberi laluan kepada Gomez sebagai benteng terakhir. Penjaga gol itu dilihat begitu meyakinkan pada perlawanan pemanas badan terakhir mereka ketika menang 5-1 menentang Tanzania.

Cesar gembira selepas diberitahu akan mengisi posisi penjaga gol pada perlawanan perbukaan mereka.

Berita dari Johanesbuk 4

Sumpahan World Cup semakin menjadi-jadi sebelum sepak mula berlangsung pada jumaat ini. Tradisi ini berterusan dengan bintang terbaru yang mengalami kecederaan adalah pemain sayap Portugal berbakat besar, Luís Carlos Almeida da Cunha terlepas aksi Piala Dunia kali ini. Nani mengalami kecederaan tulang selangka atau collarbone ketika menjalani latihan akhir pasukan sebelum berlepas ke Afrika Selatan. Kecederaan terbaru ini menambah koleksi kecederaan dikalangan bintang-bintang bolasepak dunia yang membataskan aksi mereka di Piala Dunia kali ini.

Menurut jurucakap pasukan Portugal, Nani akan digantikan dengan pemain sayap Benfica Ruben Amorim. Pemain berusia 25 tahun ini pertama kali dipanggil ke skuad kebangsaan dan diharap mampu memberi impak kepada pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sementara itu, di kem Oranje, pemain sayap Holland Arjen Robben tidak akan diturunkan pada perlawanan pertama menentang Denmark akibat kecederaan hamstring baru-baru ini. Namun beliau masih menaruh harapan untuk bermain di kejohanan ini. Ketua jurulatih Oranje dilihat akan membuat keputusan selepas perlawanan pertama samada Robben mampu pulih sepenuhnya atau tidak dan seterusnya cergas untuk beraksi di perlawanan berikutnya.


06 June 2010

Berita dari Johanesbuk 3

Salam hormat, bertemu lagi dalam siri "Berita dari Johanesbuk". Siri kecederaan pemain bintang yang akan mewarnai kejohanan Piala Dunia berterusan. Berita kecederaan ini seakan memberi tamparan hebat kepada pasukan-pasukan terbabit dalam persiapan terakhir mereka sebelum sepak mula Jumaat ini. Hal ini seperti kebiasaan apabila perkara sama turut terjadi pada kejohanan sebelum ini. Sebagai contoh, bagaimana Perancis gagal mempamerkan prestasi sebenar selepas kehilangan perancang utama Zidane pada kejohanan edisi 2006, selepas mengalami kecederaan ketika aksi pemanas badan.

Persedian Itali juga turut terjejas kali ini, apabila perancang mereka, Andrea Pirlo dilaporkan mengalami kecederaan betis dan terpaksa berehat di Milan serta berkemungkinan terlepas aksi awal Piala Dunia. Selain dari itu, pasukan Brazil juga mengalami nasib yang sama selepas penjaga gol utama, Julio Cesar tidak menyertai latihan selama dua hari akibat sakit belakang. Beliau kemungkinan terlepas pusingan awal kejohanan ini. Namun jurulatih Brazil Dunga dipetik sebagai berkata, Cesar akan dipantau dari semasa ke semasa dan jika beliau cergas sepenuhnya berkemungkinan akan diturunkan pada perlawanan pertama mereka menentang Korea Utara.

Manakala Persatuan Bolasepak Ivory Coast mengesahkan bintang mereka, en. Drobga dilaporkan akan tetap beraksi di Piala Dunia nanti sekalipun mengalami kecederaan. Beliau berkemungkinan terlepas aksi di peringkat kumpulan.

Moh ke Aprika - Kenali Stadium 1

Green Point Stadium

Stadium Green Point merupakan stadium yang baru dibina di Afrika Selatan. Ia dibina sebagai tempat berlangsungnya kejohanan Piala Dunia. Stadium berkapasiti hampir 70,000 ini siap sepenuhnya pada Disember 2009 dan ia terletak di bandar Cape Town. Ia dibina di atas tapak asal sebuah padang golf.

Stadium pelbagai guna ini sesuai untuk pelbagai acara antaranya konsert dan juga acara-acara besar yang bersesuaian. Ianya berlatarbelakang pergunungan Cape Town menjadikan stadium ini menarik untuk dikunjungi. Lokasi yang strategik kerana ianya berdekatan dengan pusat bandar dan pengunjung tidak ada masalah untuk menaiki kenderaan awam ke stadium ini.


Di bandar Cape Town terdapat satu lagi stadium yang menepati ciri-ciri dan bertaraf dunia iaitu Newlands. Namun stadium ini lebih kepada perlawanan ragbi.

Stadium Green Point merupakan salah satu tempat berlangsungnya dua perlawanan peringkat separuh akhir kejohanan Piala Dunia. Selain dari perlawanan peringkat kumpulan, pusingan kedua dan juga suku akhir.

T-shirt World Cup


Bersempena Piala Dunia pada tahun ini, pihak kami juga ada menjual T-shirt Edisi Afrika Selatan.
Untuk maklumat lanjut, sila ke page 'Kedai Kita' di sebelah kiri. Terima Kasih.

05 June 2010

Berita dari Johanesbuk 2 - Siri kecederaan

John Obi Mikel, menambah senarai terbaru siri kecederaan pemain sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia minggu depan. Mikel yang kerap mengalami siri kecederaan ketika bersama Chelsea namun tetap dibawa ke Afrika Selatan. Kecederaan terbaru ini jelas menutup terus peluang abg Obi untuk beraksi di pusingan akhir. Tempat Mikel bakal diisi oleh pemain yang belum pernah mewakili Nigeria, Ideye Brown. Namun, ketua jurulatih Lars Lagerbeck tetap optimis Brown mampu mengisi kekosongan tersebut. Mikel menyertai 3 rakan sepasukan dari Chelsea yang turut terlepas menyertai kejohanan ini selepas Michael Ballack, Michael Essien dan Drogba yang turut dilihat tidak turut serta bersama pasukan Ivory Coast.

Seorang lagi bintang yang berkemungkinan tidak menyertai kejohanan ini adalah Arjen Robben. Pemain sayap Belanda/Holland ini mengalami kecederaan ketika aksi pemanas menentang Hungary sebentar tadi. Pihak Promaprika yang turut menyaksikan perlawanan ini melaporkan, Bro Robben terpaksa di bawa ke hospital selepas disyaki mengalami kecederaan hamstring.

Bintang Bayern Munich yang dilihat sebagai 'key player' kepada pasukan Holland di Afrika nanti. Namun, peluang beliau dilihat samar-samar dan ragu-ragu selepas keluar terhincut-hincut ketika perlawanan yang berkesudahan Holland menang 6-1 dimana Robben menjaringkan 2 gol.

Ketua jurulatih Hollad, pakcik Bert van Marwijk ketika ditemui mendedahkan bahawa Robben tidak akan diterbangkan ke Afrika Ahad ini kerana akan menjalani ujian untuk mengetahui sejauh mana kecederaan yang dialami. Marwijk juga menambah, kehilangan Robben adalah sesuatu yang sangat kejam bagi pasukan Orangje, walaubagaimanapun beliau masih berharap pemain sayap itu dapat membuat kemunculan di kejohanan ini sekalipun hanya untuk perlawanan akhir.
Katanya yakin Orangje mampu ke perlawanan akhir nanti.

Aryen ketika meraikan jaringan ke-2 semalam.

Lagi Siri Perlawanan Pemanas Badan

Siri perlawanan persahabatan bersahabatan bersambung hari ini. Antara perlawanan yang menjadi tumpuan adalah pertemuan Holland/Netherland dengan Hungary, pasukan tuan rumah Afrika Selatan bertemu Denmark, Switzerland - Italy, dan Australia melayan United States. Perlawanan lain adalah seperti berikut:
Ghana vs Latvia
Slovakia vs Costa Rica
Algeria vs U.A.E.
Romania vs Honduras
Serbia vs Cameroon


Berita dari Johanesbuk

Ivory Coast menerima tamparan hebat dalam mengejar impian melakukan kejutan di Afrika Selatan nanti apabila kapten mereka Drogba dilaporkan mengalami kecederaan bahu ketika perlawanan persahabatan semalam. Seberapa serius kecederaan beliau akan diberitahu secepat mungkin.

Sementara itu di kem pasukan England. Kapten pasukan Rio Ferdinand dilaporkan terlepas untuk menyertai pusingan akhir Piala Dunia kali ini. Ferdinand mengalami kecederaan lutut semasa menyertai latihan pusat pasukan England sejurus mereka tiba di bumi Afrika ini. Pada sesi latihan tersebut, Ferdinand diterjah keras oleh rakan sepasukan Heskey menyebabkan beliau mengalami kecederaan lutut yang serius. Imbasan di sebuah hospital tempatan menyatakan Rio terpaksa berehat antara 3 hinggan 6 minggu.

Wartawan Promaprika difahamkan, tempat Rio akan digantikan dengan pertahanan Spurs iaitu Micheal Dawson. Dan Capello memberitahu kapten pasukan akan diambil alih oleh Steven Gerrard sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Keputusan Perlawanan Persahabatan

Dua daripada 5 perlawanan persahabatan pada hari ini telah diketahui. Dengan Ivory Coast menewaskan Jepun 2-0 hasil jaringan ketua pasukan mereka Drogba dan K. Traore. Ini seakan memberi amaran kepada pasukan-pasukan tentang kemampuan pasukan ini di Piala Dunia nanti. Pasukan lain dalam kumpulan G seperti Brazil, Korea Utara dan Portugal seharusnya memberi perhatian kepada Ivory Coast kerana mereka seakan mampu pergi lebih jauh untuk Piala Dunia pertama mereka ini. Perebutan ke peringkat kedua di atas kertas dilihat antara 3 pasukan iaitu Brazil, Portugal dan Ivory Coast. Korea Utara agak sukar untuk mencabar ketiga-tiga pasukan ini. Bukan memandang rendah kepada keupayaan anak-anak buah Kim Jong Hun tetapi kalau di analisis keupayaan mereka agak jauh jika dibandingkan dengan pemain-pemain dari pasukan lain.

Selain dari itu, perlawanan lain yang telahpun tamat permainan adalah pertemuan di antara Perancis dan juga China. Dan keputusannya adalah Perancis tewas mengejut kepada China 0-1. Gol jaringan D.Z Xiang seakan memberi tamparan hebat kepada Domenech sekaligus merencatkan persedian mereka yang mana masih lagi terkial-kial mencari posisi dan juga taktikal yang perlu digunakan di Afrika Selatan nanti. Barisan bintang yang terdapat dalam skuad Perancis seakan gagal mempamerkan kekuatan dan kemampuan sebenar sebagaimana yang mereka lakukan untuk kelab masing-masing. Apa yang pasti, Perancis yang tidak dianggap pasukan pilihan untuk kejohanan ini perlu menggandakan usaha untuk mengatasi Afrika Selatan, Mexico dan Uruguay seandainya mereka ingin meneruskan aksi di pusingan kedua nanti.

04 June 2010

Jadual perlawanan pemanas badan pada hari ini

Ivory Coast vs Japan
France vs China
Luxembourg vs Faroe Islands
Sudan vs Palestine
Slovenia vs New Zealand

Pada ketika ini Ivory Coast sedang mendahului Japan dengan 1-0, hasil jaringan Drogba pada minit ke-13.

Siri Perlawanan Persahabatan

Berikut adalah beberapa keputusan siri perlawanan persahabatan atau pemanas badan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung minggu depan.

Perlawanan pada 1 Jun
Australia 1:0 Denmark
Switzerland 0:1 Costa Rica
Holland 4:1 Ghana
Portugal 3:1 Cameroon

Perlawanan pada 2 Jun
Zimbabwe 0 - 3 Brazil
Azerbaijan 0 - 0 Honduras
Greece 0 - 2 Paraguay
Norway 0 - 1 Ukraine
Romania 0 - 1 Rep. of Macedonia
Belarus 0 - 1 Sweden
Albania 1 - 0 Andorra
Serbia 0 - 0 Poland

Perlawanan pada 3 Jun
Spain 1 - 0 Korea Republic
Italy 1 - 2 Mexico
Germany 3 - 1 Bosnia-Herzegovina

Sekilas World Cup 4

Piala Dunia edisi ke 17 diadakan di dua buah negara. Korea Selatan dan Jepun dipilih menjadi tuan rumah bersama yang julung kali diadakan. Ini memberikan keistimewaan pada kejohanan ini selain kejohanan Piala Dunia pertama yang diadakan di Asia.

Pada kejohanan kali ini, Perancis dianggap antara pilihan untuk juara edisi kali ini selain Brazil kembali untuk memenangi Piala Dunia kelima mereka. Keupayaan Brazil dilihat mustahil dengan penyenaraian last minute penyerang tulen mereka yang sebelum bergelut dengan masalah kecederaan lutut dan prestasi tidak konsisten. Ronaldo diragui keupayaan untuk menyerlah di Korea Selatan dan Jepun. Namun ketua jurulatih Brazil ketika itu, Scolari menaruh keyakinan penuh kepada penyerang prolifik itu.

Perancis turun pada kejohanan ini selaku juara bertahan. Selain pasukan ini juga adalah juara Kejohanan Eropah pada tahun 2000 dan juara Piala Konfederasi pada 2001 yang juga diadakan di Jepun. Kekuatan pasukan ini masih lagi menaruh kepercayaan kepada perancang serba boleh dan cukup kreatif iaitu abg Jidan. Namun kecederaan abg Jidan ketika perlawanan pemanas badan terakhir mereka menentang Korea Selatan seakan memberi tanparan hebat kepada juara bertahan itu dalam menambah koleksi kejuaraan Piala Dunia.

Kejohanan kali ini menyaksikan pelbagai kejutan berlaku. Perlawanan pertama dilihat penuh kejutan dengan juara bertahan tewas kepada pendatang baru kejohanan Piala Dunia, Senegal. Perancis turun dengan ketiadaan perancang mereka Zidane. Dan menyaksikan mereka hilang punca dan mereka tewas 0-1. Selain dari itu, pasukan tuan rumah Korea Selatan melakar kejutan dengan melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan. Skuad bimbingan Guus Hiddink mencipta kejutan pasukan asia pertama layak ke separuh akhir. Kejohanan ini juga menyaksikan juara bertahan pertama terpaksa pulang awal tanpa menjaringkan sebarang gol. Ternyata ketiadaan abg Jidan memberi kesan kepada anak-anak buah Roger Lemerre.

Selain dari itu, Korea Selatan juga memberi kejutan apabila menyingkirkan Itali di peringkat kalah mati. Pendatang baru Senegal melayakkan diri ke suku akhir setelah mengalahkan Sweden pada perlawanan sebelum itu. Itulah antara kejutan yang mewarnai kejohanan edisi kali ini.

Perlawanan tumpuan untuk kejohanan kali ini adalah pertemuan klasik Brazil dan England. Pada mulanya England dilihat berpeluang untuk memenangi perlawanan ini dan seterusnya pilihan untuk kejuaraan Piala Dunia. Namun mereka akhirnya tewas melalui jaringan menarik pemain muda Ronaldinho. Sepakan percuma dari jarak jauh itu menyaksikan penjaga gol England terus dipersalahkan. Dan Seaman akhirnya bersara dari arena antarabangsa.

Perlawanan akhir menyaksikan Brazil bertemu dengan Jerman. Ketangkasan penjaga gol Oliver Kahn membantu Jerman layak ke perlawanan akhir. Kahn seterusnya memenangi anugerah penjaga gol terbaik kejohanan. Brazil layak setelah menang tipis ke atas Turki. Jerman pula bernasib baik atas jaringan Ballack. 2 jaringan Ronaldo menjadikan Brazil menambah koleksi kejuaraan kepada 5 setelah menewas Jerman 2-0. Ronaldo kemudian diiktiraf penjaring terbanyak kejohanan setelah berjaya menjaring 8 gol keseluruhan dan menutup mulut pengkritik kepada kemampuan penyerang itu di kejohanan ini.

Sekilas World Cup 3

Pada tahun 1998, berlansungnya Piala Dunia ke-16. Kejohanan kali ini memang gua tak ketinggalan lansung dalam menyaksikan setiap perlawanan. Apatah lagi, pasukan feberet gua Perancis dan idola gua sepanjang zaman abg Jidan turut serta. Tambahan pula masa ini deme nih tengah hits. Tidak tekecuali pada pandangan gua pada masa itu adalah Brazil, satu nama besar dalam kejohanan Piala Dunia ditambah mereka juga adalah juara edisi yang lepas. Penyerang tulen dan sangat tiptop pada masa itu, Ronaldo sekali lagi menjadi taruhan selain pemain-pemain senior yang masih ada dalam skuad 1994. Antaranya Bebeto, Taffarel. Romario gua tak ingat dah mana mamat nih menapak.

Antara pasukan yang pada pandangan gua akan menyerlah pada kejohanan ini adalah German, Czech Republic. Ini memandangkan mereka adalah finalis Kejohanan Eropah pada 2 tahun sebelum itu. England juga pada perkiraan gua tidak boleh dipandang nipis. Untuk Kejohanan Eropah, mereka berjaya melangkah ke separuh akhir. Kekuatan mereka ada pada Sherer dan Sherigham pada masa itu selain kelibat pemain muda David Beckham dan Michael Owen tidak boleh dipandang nipis. Pasukan bukan pilihan yang mampu membuat kejutan pada masa itu adalah Crotia. Dengan adanya penyerang hebat Davor Suker, gua yakin mereka mampu melangkah jauh. Pasukan Spain memang gua tak pandang pada masa itu, sebab mereka tak kuat. Dan untuk kejohanan kali ini, mereka gagal ke peringkat kalah mati.

Piala Dunia 1998 berlansung di Perancis. Satu bonus dan peluang untuk pasukan tuan rumah memenangi gelaran pertama Piala Dunia. Dalam usaha mengungguli kejohanan, Perancis menang semua perlawanan peringkat kumpulan. Brazil pada masa itu agak bermasalah di bahagian pertahanan namum mereka cukup hebat di bahagian serangan dengan rangkaian penyerang Ronaldo, Rivaldo dan juga Bebeto tumpang sekaki. Mereka tewas satu perlawanan di peringkat kumpulan dan bergelut untuk menang baki perlawanan di peringkat kumpulan. Argentina adalah pasukan paling berjaya di peringkat kumpulan dengan memenangi semua perlawanan tanpa melepaskan gol.

Croatia melakukan kejutan apabila melangkah ke separuh akhir namun tewas di tangan Perancis. Tetapi mereka berjaya mengalahkan Holand untuk tempat ketiga. Dan penyerang mereka Suker adalah penjaring terbanyak ketika itu.

Perlawanan akhir penuh tumpuan. Dengan 'rumours' menyatakan Ronaldo tidak dapat diturunkan kerana keracunan. Namun pasukan Brazil turun selaku pilihan dengan Ronaldo mengetuai serangan. Namun begitu impian Brazil untuk menambah koleksi kemenangan dinafikan dengan 2 tandukan abg Jidan dan juga jaringan Petit. Stade de France akhirnya menjadi saksi Perancis menjulang Piala Dunia pertama edisi ke-16 ini. Dan abg Jidan diangkat Pemain Terbaik Dunia pada tahun itu.

Sekilas World Cup 2

Piala Dunia seterusnya yang gua tonton adalah Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Masa tu gua darjah 5. Bolasepak pada masa itu memang dah sebati dalam jiwa gua. Setiap kali waktu matapelajaran yang paling gua minat. Semestinya kitorang main bola.

Pada masa itu, kebanyakkan perlawanan adalah pada waktu awal subuh dan juga ada jugak membawa ke tengahari dan hampir tengahari. Dan pemain yang menjadi tumpuan kanak-kanak seangkatan gua adalah Diego Maradona. Namun hati gua remuk jugak sebab beliau terpaksa dihantar pulang kerana masalah 'kesihatan'.

Nama-nama besar pada masa itu sentiasa menjadi sebutan rakan-rakan seangkatan gua adalah Roberto Baggio, Bebeto, Romario. Brazil antara pasukan pilihan gua dan rakan-rakan pada masa itu selain dari Itali yang cukup digeruni. Dengan reputasi tempat ketiga pada Piala Dunia 1990. Jerman juga tidak ketinggalan dengan nama-nama besar seperti Matthaues, Voller, Klismann. Spain gua tak into sangat sebab tak kuat. Tapi Guardiola gua tak terlepas pandang pada masa itu.

Perlawanan Piala Dunia kali ini gua banyak habiskan masa melepak di bilik sukan bersama guru sukan, Cikgu Jailani. Di sebabkan gua dan rakan-rakan seangkatan adalah terdiri daripada kesebelasan utama pasukan bola sekolah. Jadi tiada halangan untuk gua lepak di bilik tersebut layan bola.

Dan inilah Piala Dunia pertama gua menyaksikan perlawanan akhir. Brazil bertemu Itali. Dua pasukan feberet gua masa itu. Tapi gua lebih kepada Brazil kerana ada Bebeto, Romario dan Taffarel. Italy gua sangat kagum dengan pertahanan mantap mereka yang diketuai...gua pun tak ingat dah.

Perlawanan tersebut berkesudahan seri tanpa jaringan sehinggalah membawa kepada sepakan penalti. Sepanjang permainan, gua jadi gila babi kagum dengan keeper Italy. Save bola bahaya macam spiderman. Kalah Taffarel idola gua. Dan akhirnya pasukan gua menang selepas Baggio gagal dalam sepakan penalti.

Sekilas World Cup 1

Bersempena kejohanan bolasepak yang paling berprestij akan berlangsung tidak lama lagi, gua menulis berkenaan siri 'Sekilas World Cup'.

Piala Dunia. Dulu sewaktu gua budak-budak, gua agak kureng into ke dunia bolasepak luar negara. Yang ada dalam kepala gua masa itu hanya Hashim Mustapha. Dia ni memang 'tip-top' sangat la masa itu. Tapi itu tidak bermakna gua tidak mengenali bintang-bintang bolasepak luar negara.

Pertama kali gua menonton Piala Dunia adalah pada tahun 1990. Pada masa itu gua tak ingat sangat dia punya syok tengok worldcup nih. Nama-nama lain seperti Klinsmann, Matthaus, Lineker, Careca, David Platt dan Roger Milla selain dari Maradona yang sentiasa bermain dalam kepala gua. Sebab pada masa itu gua agak gemar baca majalah bola.

Gua hanya menonton perlawanan pertama Piala Dunia pada masa itu, dan seingat gua brazil melawan sweden. Gua terpegun cara permainan careca pada masa itu. Perlawanan-perlawanan lain gua tak ingat sangat. Sebabnya umur 7 tahun tidak lah gemar sangat nak tengok bola nie. Ye dak?