Nasik Lemak Pagi

30 June 2010

novel sekerat jalan : Liku-liku ke Johanesbuk

Rahim mengemaskan barang-barang yang telah siap dimasukkan di dalam kotak. Disusunnya cantik di sisi tangga rumah. Isterinya, Jamilah sibuk di dapur. Mengemas apa yang diperlukan. Selepas memasak sarapan pagi untuk mereka empat beranak, dia tidak habis-habis mengemas bahagian dapur. Diteliti betul-betul, bimbang ada barang berharga yang tertinggal. Rahim dan Jamilah mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di tanah air sendiri setelah lebih 20 tahun berkelana di tempat orang. Dari zaman belajar sehinggalah zaman kerjaya, Rahim merasakan cukup untuk beliau berbakti kepada negara sendiri.

"Mak, betul ke kita nak balik ke Malaysia?", tanya Riezal yang sedikit kecewa dengan keputusan bapanya.
"Betul Ejal, dah sampai masanya kita balik ke negara sendiri. Kenapa, Ejal tak suka?" tanya Jamilah kepada anak bongsunya itu yang dari tadi asyik menonton televisyen tanpa menghiraukan ayah, ibu dan kakaknya yang sedang sibuk berkemas.
"Bukan tak suka mak. Tapi...hurmmm..tak bolehkah ayah tangguh dulu perancangan dia tu, pindah 2 bulan lagi ke..sebulan lagi ke" jawab Riezal sambil cuba merayu kepada ibunya agar permintaan dikabulkan.
"Dah, pergi kemas barang-barang kamu tu. Jangan nak banyak cakap. Kalau dah ayah cakap tu, ikut saja lah" tegas Puan Jamilah sambil meninggalkan anaknya untuk mengemas barang di tingkat atas. Sementara itu, En. Rahim keluar untuk menguruskan penghantaran kereta dan motosikal.

No comments:

Post a Comment