Nasik Lemak Pagi

29 June 2010

Concorrência para as quartas-de-final ao pico

Perebutan tiket ke peringkat suku akhir sampai ke kemuncak dengan empat pasukan bersaing pada malam ini dan awal pagi nanti untuk mengiringi Uruguay, Ghana, Holland, Brazil, Argentina dan Jerman yang telahpun mengesahkan tiket ke Suku Akhir.

Diperingkat pusingan kedua, Uruguay melayakkan diri setelah menyekat kemaraan Korea Selatan dengan kemenangan 2-1. Manakala Ghana mengejutkan USA dengan jaringan yang sama menjadikan mereka pasukan Afrika pertama layak hingga ke saingan suku akhir. Semalam, Holland menafikan hajat Slovakia untuk melakukan kejutan apabila menang 2-1 menerusi jaringan Arjen Robben dan Sneijder. Slovakia mendapat gol saguhati menerusi sepakan penalti Vittek pada minit-minit terakhir perlawanan. Lewat pagi semalam, Brazil meneruskan cabaran untuk memenangi Piala Dunia ke enam dengan membenam cabaran Chile 3-0 menerusi jaringan Juan, Fabiano dan Robinho.

Argentina mara setelah menang ke atas Mexico 3-1 manakala Jerman mengetepikan cabaran pasukan pilihan yang tidak konsisten England dengan jaringan besar 4-1. Kedua-dua perlawanan yang sedikit kontroversi dengan jaringan Tevez dikira walaupun dia jelas berada di kedudukan offside manakala pengadil menafikan jaringan Lampard walaupun bola jelas melepasi garisan gol.

Pasukan Asia tunggal Jepun akan bertemu Paraguay untuk mengesahkan tiket ke Suku Akhir malam ini. Manakala satu perlawanan lagi mempertemukan pasukan di tangga ke-2 dan ke-3 dunia Ranking FIFA iaitu Sepanyol dan Portugal.

No comments:

Post a Comment