Nasik Lemak Pagi

23 June 2010

Perebutan tempat ke Pusingan kedua semakin sengit

Saingan ke pusingan kedua semakin sengit dengan pasukan masing-masing terus mencari peluang untuk ke pusingan kedua tanpa menunggu perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Antara pasukan yang telahpun berjaya ke peringkat seterusnya adalah Argentina, Holland, Brazil dan juga Chile. Saingan terus sengit dengan beberapa pasukan dilihat berkemampuan dan keputusan positif pada perlawanan akhir akan menentukan hala tuju tersebut.

Kumpulan A dan B telah mengharungi kesemua perlawanan peringkat kumpulan semalam dengan menyaksikan pasukan Uruguay dan Mexico melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan. Sementara itu, South Korea mengiringi Argentina ke pusingan kedua setelah seri 2-2 pada perlawanan terakhir mereka ketika menentang Nigeria. Greece gagal menempatkan diri setelah tewas 0-2 kepada Argentina semalam. Pasukan tuan rumah, South Africa gagal melayakkan diri meskipun menang ke atas Perancis 2-1. Perbezaan jaringan menyaksikan Mexico layak walaupun tewas 0-1 kepada Uruguay dalam perlawanan terakhir semalam. Pasukan bermasalah, seperti yang dijangka gagal ke pusingan kedua setelah Perancis kecundang mudah.

Setelah 2 perlawanan peringkat kumpulan, England dilihat berkemungkinan tersingkir awal dari kejohanan dan bergantung kepada keputusan positif ketika menanti kunjungan Slovenia. Keputusan seri bakal menyaksikan mereka pulang awal memandangkan USA tidak mempunyai masalah berdepan Algeria. Seandainya kedua-dua perlawanan kumpulan C adalah seri, Slovenia dan USA bakal mengisi slot ke pusingan kedua.

Persaingan kumpulan D lebih terbuka kerana tiga pasukan dilihat mempunyai peluang untuk layak. Ghana, German dan Serbia, masing-masing perlu menang pada pertemuan terakhir untuk layak. German yang pada perlawanan pertama dilihat konsisten perlu merangka strategi ampuh dalam memastikan mereka menang menentang Ghana. Serbia berkemungkinan tidak mempunya masalah bertemu lawan yang telahpun gagal ke pusingan kedua, Australia.

Perlawanan penting antara Denmark dan Japan bakal menentukan pasukan mana yang layak untuk mengiringi Holland. Kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang sama rata dan aksi di tengah padang yang lebih konsisten bakal menentukan nasib mereka. Jepun yang tewas kepada Holland baru-baru ini bakal turun habis-habisan dalam memburu tempat ke pusingan kedua setelah gagal melakukannya pada edisi 2006.

Dua kumpulan iaitu G dan H menyaksikan persaingan sengit kerana masing-masing hanya memerlukan satu pasukan sahaja untuk layak ke peringkat 16 pasukan. Brazil layak tanpa perlu menunggu perlawanan terakhir begitu juga dengan Chile yang mengumpul 6 mata setelah menang 1-0 ketika bertemu Switzerland pada perlawanan kedua. Portugal dilihat berpeluang meskipun mereka tewas apabila bertemu Brazil nanti kerana jumlah jaringan yang agak ketara jika dibandingkan dengan saingan mereka Ivory Coast. Pada perlawanan kedua mereka menewaskan Korea Utara 7-0. Sementara itu, Ivory Coast mampu untuk ke pusingan kedua jika Portugal tewas kepada Brazil, dengan syarat mereka perlu menang sekurang-kurangnya 8-0 untuk mengurangkan defisit jumlah jaringan dengan Portugal. Sementara Kumpulan H pula, Spain dan Switzerland bersaing untuk layak. Mereka berpeluang seandainya salah satu daripada mereka menang pada pertemuan terakhir mereka.

Nasib juara bertahan, Italy bergantung kepada keputusan perlawanan mereka dan juga perlawanan di antara Paraguay dan New Zealand. Mereka perlu menang menentang Slovakia untuk layak. Kesemua pasukan dalam kumpulan ini mempunyai peluang untuk mengisi slot ke peringkat 16 pasukan nanti.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyaksikan banyak pertembungan menarik dan hidup mati bagi sesetengah pasukan. Aksi tidak konsisten pada 2 perlawanan awal seharusnya diperbaiki seandainya mereka ingin meneruskan persaingan. Pasukan-pasukan pilihan yang dilihat bergelut dengan prestasi akan dapat disaksikan pada perlawanan penentuan ini yang menentukan hala tuju mereka ke peringkat seterusnya. Dan bagi pasukan yang telah layak, mereka seharusnya menjadikan perlawanan terakhir sebagai medan memperbaiki kelemahan dan percaturan selain memberi peluang kepada kesebelasan utama untuk berehat dan memberi laluan kepada pemain simpanan untuk membuktikan kemampuan.

No comments:

Post a Comment