Nasik Lemak Pagi

16 June 2010

Berita dari Johanesbuk 9

Kecederaan terus hantui pemain

Siri kecederaan terus menghantui pemain-pemain di kejohanan ini yang mana baru memasuki hampir satu perlawanan bagi setiap pasukan yang bertanding.

Ledley King - pemain ini mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan menentang USA baru-baru ini. King memperjudikan nasib dengan menyatakan kesanggupan untuk turun pada perlawanan tersebut biarpun kecederaan lututnya belum sembuh sepenuhnya. Akibatnya, dia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-45 perlawanan akibat kecederaan pangkal paha. Dia dijangka cergas sepenuhnya sehingga separuh akhir kejohanan.

Wayne Rooney & Ashley Cole - Kedua-dua pemain ini kembali menjalani latihan setelah berehat akibat kecederaan. Keadaan ini ternyata melegakan kem England dalam persiapan menghadapi perlawanan penting menentang Algeria. Rooney mengalami kecederaan kaki ketika perlawanan pembukaan mereka baru-baru ini, manakala Cole terus mengalami kecederaan lama.

William Gallas - mengalami masalah otot ketika beraksi pada perlawanan pertama dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan dalam perlawanan kedua menentang Mexico. Namun, Domenech dilaporkan masih mengharapkan Gallas sempat cergas sepenuhnya sebelum perlawanan penting yang akan menentukan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, di kem Perancis. Domenech dikatakan bersedia menurunkan pemain sayap, Florent Molouda untuk kesebelasan utama apabila menentang Mexico nanti setelah tidak berbuat demikian ketika menentang Uruguay baru-baru.
Sementara itu penjaga gol ketiga Perancis, Cedric Carrasso dilaporkan tidak dapat meneruskan baki aksi di Piala Dunia akibat kecederaan otot di paha kiri. Walaubagaimanapun penjaga gol Bordoux itu sedang menjalani ujian untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaan. Beliau adalah penjaga gol ketiga dalam perancangan Raymond Domenech selepas penjaga gol utama Hugo Lloris dan Steve Mandanda.

No comments:

Post a Comment