Nasik Lemak Pagi

04 June 2010

Sekilas World Cup 3

Pada tahun 1998, berlansungnya Piala Dunia ke-16. Kejohanan kali ini memang gua tak ketinggalan lansung dalam menyaksikan setiap perlawanan. Apatah lagi, pasukan feberet gua Perancis dan idola gua sepanjang zaman abg Jidan turut serta. Tambahan pula masa ini deme nih tengah hits. Tidak tekecuali pada pandangan gua pada masa itu adalah Brazil, satu nama besar dalam kejohanan Piala Dunia ditambah mereka juga adalah juara edisi yang lepas. Penyerang tulen dan sangat tiptop pada masa itu, Ronaldo sekali lagi menjadi taruhan selain pemain-pemain senior yang masih ada dalam skuad 1994. Antaranya Bebeto, Taffarel. Romario gua tak ingat dah mana mamat nih menapak.

Antara pasukan yang pada pandangan gua akan menyerlah pada kejohanan ini adalah German, Czech Republic. Ini memandangkan mereka adalah finalis Kejohanan Eropah pada 2 tahun sebelum itu. England juga pada perkiraan gua tidak boleh dipandang nipis. Untuk Kejohanan Eropah, mereka berjaya melangkah ke separuh akhir. Kekuatan mereka ada pada Sherer dan Sherigham pada masa itu selain kelibat pemain muda David Beckham dan Michael Owen tidak boleh dipandang nipis. Pasukan bukan pilihan yang mampu membuat kejutan pada masa itu adalah Crotia. Dengan adanya penyerang hebat Davor Suker, gua yakin mereka mampu melangkah jauh. Pasukan Spain memang gua tak pandang pada masa itu, sebab mereka tak kuat. Dan untuk kejohanan kali ini, mereka gagal ke peringkat kalah mati.

Piala Dunia 1998 berlansung di Perancis. Satu bonus dan peluang untuk pasukan tuan rumah memenangi gelaran pertama Piala Dunia. Dalam usaha mengungguli kejohanan, Perancis menang semua perlawanan peringkat kumpulan. Brazil pada masa itu agak bermasalah di bahagian pertahanan namum mereka cukup hebat di bahagian serangan dengan rangkaian penyerang Ronaldo, Rivaldo dan juga Bebeto tumpang sekaki. Mereka tewas satu perlawanan di peringkat kumpulan dan bergelut untuk menang baki perlawanan di peringkat kumpulan. Argentina adalah pasukan paling berjaya di peringkat kumpulan dengan memenangi semua perlawanan tanpa melepaskan gol.

Croatia melakukan kejutan apabila melangkah ke separuh akhir namun tewas di tangan Perancis. Tetapi mereka berjaya mengalahkan Holand untuk tempat ketiga. Dan penyerang mereka Suker adalah penjaring terbanyak ketika itu.

Perlawanan akhir penuh tumpuan. Dengan 'rumours' menyatakan Ronaldo tidak dapat diturunkan kerana keracunan. Namun pasukan Brazil turun selaku pilihan dengan Ronaldo mengetuai serangan. Namun begitu impian Brazil untuk menambah koleksi kemenangan dinafikan dengan 2 tandukan abg Jidan dan juga jaringan Petit. Stade de France akhirnya menjadi saksi Perancis menjulang Piala Dunia pertama edisi ke-16 ini. Dan abg Jidan diangkat Pemain Terbaik Dunia pada tahun itu.

No comments:

Post a Comment