Piala Dunia edisi ke 17 diadakan di dua buah negara. Korea Selatan dan Jepun dipilih menjadi tuan rumah bersama yang julung kali diadakan. Ini memberikan keistimewaan pada kejohanan ini selain kejohanan Piala Dunia pertama yang diadakan di Asia.
Pada kejohanan kali ini, Perancis dianggap antara pilihan untuk juara edisi kali ini selain Brazil kembali untuk memenangi Piala Dunia kelima mereka. Keupayaan Brazil dilihat mustahil dengan penyenaraian last minute penyerang tulen mereka yang sebelum bergelut dengan masalah kecederaan lutut dan prestasi tidak konsisten. Ronaldo diragui keupayaan untuk menyerlah di Korea Selatan dan Jepun. Namun ketua jurulatih Brazil ketika itu, Scolari menaruh keyakinan penuh kepada penyerang prolifik itu.
Perancis turun pada kejohanan ini selaku juara bertahan. Selain pasukan ini juga adalah juara Kejohanan Eropah pada tahun 2000 dan juara Piala Konfederasi pada 2001 yang juga diadakan di Jepun. Kekuatan pasukan ini masih lagi menaruh kepercayaan kepada perancang serba boleh dan cukup kreatif iaitu abg Jidan. Namun kecederaan abg Jidan ketika perlawanan pemanas badan terakhir mereka menentang Korea Selatan seakan memberi tanparan hebat kepada juara bertahan itu dalam menambah koleksi kejuaraan Piala Dunia.
Kejohanan kali ini menyaksikan pelbagai kejutan berlaku. Perlawanan pertama dilihat penuh kejutan dengan juara bertahan tewas kepada pendatang baru kejohanan Piala Dunia, Senegal. Perancis turun dengan ketiadaan perancang mereka Zidane. Dan menyaksikan mereka hilang punca dan mereka tewas 0-1. Selain dari itu, pasukan tuan rumah Korea Selatan melakar kejutan dengan melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan. Skuad bimbingan Guus Hiddink mencipta kejutan pasukan asia pertama layak ke separuh akhir. Kejohanan ini juga menyaksikan juara bertahan pertama terpaksa pulang awal tanpa menjaringkan sebarang gol. Ternyata ketiadaan abg Jidan memberi kesan kepada anak-anak buah Roger Lemerre.
Selain dari itu, Korea Selatan juga memberi kejutan apabila menyingkirkan Itali di peringkat kalah mati. Pendatang baru Senegal melayakkan diri ke suku akhir setelah mengalahkan Sweden pada perlawanan sebelum itu. Itulah antara kejutan yang mewarnai kejohanan edisi kali ini.
Perlawanan tumpuan untuk kejohanan kali ini adalah pertemuan klasik Brazil dan England. Pada mulanya England dilihat berpeluang untuk memenangi perlawanan ini dan seterusnya pilihan untuk kejuaraan Piala Dunia. Namun mereka akhirnya tewas melalui jaringan menarik pemain muda Ronaldinho. Sepakan percuma dari jarak jauh itu menyaksikan penjaga gol England terus dipersalahkan. Dan Seaman akhirnya bersara dari arena antarabangsa.
Perlawanan akhir menyaksikan Brazil bertemu dengan Jerman. Ketangkasan penjaga gol Oliver Kahn membantu Jerman layak ke perlawanan akhir. Kahn seterusnya memenangi anugerah penjaga gol terbaik kejohanan. Brazil layak setelah menang tipis ke atas Turki. Jerman pula bernasib baik atas jaringan Ballack. 2 jaringan Ronaldo menjadikan Brazil menambah koleksi kejuaraan kepada 5 setelah menewas Jerman 2-0. Ronaldo kemudian diiktiraf penjaring terbanyak kejohanan setelah berjaya menjaring 8 gol keseluruhan dan menutup mulut pengkritik kepada kemampuan penyerang itu di kejohanan ini.
No comments:
Post a Comment