Nasik Lemak Pagi

09 June 2010

Berita dari Johanesbuk 4

Sumpahan World Cup semakin menjadi-jadi sebelum sepak mula berlangsung pada jumaat ini. Tradisi ini berterusan dengan bintang terbaru yang mengalami kecederaan adalah pemain sayap Portugal berbakat besar, Luís Carlos Almeida da Cunha terlepas aksi Piala Dunia kali ini. Nani mengalami kecederaan tulang selangka atau collarbone ketika menjalani latihan akhir pasukan sebelum berlepas ke Afrika Selatan. Kecederaan terbaru ini menambah koleksi kecederaan dikalangan bintang-bintang bolasepak dunia yang membataskan aksi mereka di Piala Dunia kali ini.

Menurut jurucakap pasukan Portugal, Nani akan digantikan dengan pemain sayap Benfica Ruben Amorim. Pemain berusia 25 tahun ini pertama kali dipanggil ke skuad kebangsaan dan diharap mampu memberi impak kepada pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sementara itu, di kem Oranje, pemain sayap Holland Arjen Robben tidak akan diturunkan pada perlawanan pertama menentang Denmark akibat kecederaan hamstring baru-baru ini. Namun beliau masih menaruh harapan untuk bermain di kejohanan ini. Ketua jurulatih Oranje dilihat akan membuat keputusan selepas perlawanan pertama samada Robben mampu pulih sepenuhnya atau tidak dan seterusnya cergas untuk beraksi di perlawanan berikutnya.


No comments:

Post a Comment