Nasik Lemak Pagi

05 June 2010

Berita dari Johanesbuk 2 - Siri kecederaan

John Obi Mikel, menambah senarai terbaru siri kecederaan pemain sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia minggu depan. Mikel yang kerap mengalami siri kecederaan ketika bersama Chelsea namun tetap dibawa ke Afrika Selatan. Kecederaan terbaru ini jelas menutup terus peluang abg Obi untuk beraksi di pusingan akhir. Tempat Mikel bakal diisi oleh pemain yang belum pernah mewakili Nigeria, Ideye Brown. Namun, ketua jurulatih Lars Lagerbeck tetap optimis Brown mampu mengisi kekosongan tersebut. Mikel menyertai 3 rakan sepasukan dari Chelsea yang turut terlepas menyertai kejohanan ini selepas Michael Ballack, Michael Essien dan Drogba yang turut dilihat tidak turut serta bersama pasukan Ivory Coast.

Seorang lagi bintang yang berkemungkinan tidak menyertai kejohanan ini adalah Arjen Robben. Pemain sayap Belanda/Holland ini mengalami kecederaan ketika aksi pemanas menentang Hungary sebentar tadi. Pihak Promaprika yang turut menyaksikan perlawanan ini melaporkan, Bro Robben terpaksa di bawa ke hospital selepas disyaki mengalami kecederaan hamstring.

Bintang Bayern Munich yang dilihat sebagai 'key player' kepada pasukan Holland di Afrika nanti. Namun, peluang beliau dilihat samar-samar dan ragu-ragu selepas keluar terhincut-hincut ketika perlawanan yang berkesudahan Holland menang 6-1 dimana Robben menjaringkan 2 gol.

Ketua jurulatih Hollad, pakcik Bert van Marwijk ketika ditemui mendedahkan bahawa Robben tidak akan diterbangkan ke Afrika Ahad ini kerana akan menjalani ujian untuk mengetahui sejauh mana kecederaan yang dialami. Marwijk juga menambah, kehilangan Robben adalah sesuatu yang sangat kejam bagi pasukan Orangje, walaubagaimanapun beliau masih berharap pemain sayap itu dapat membuat kemunculan di kejohanan ini sekalipun hanya untuk perlawanan akhir.
Katanya yakin Orangje mampu ke perlawanan akhir nanti.

Aryen ketika meraikan jaringan ke-2 semalam.

No comments:

Post a Comment