Episod hitam dalam edisi 2002 di Jepun/Korea kembali menghantui pasukan Perancis. Dengan sehingga perlawanan ke dua peringkat kumpulan semalam, Perancis masih gagal menghasilkan gol dan berdepan dengan penyinkiran awal di peringkat kumpulan. Masalah dalaman dan pelbagai spekulasi hangat dibangkitkan yang membawa kepada prestasi buruk Perancis pada kejohanan kali ini. Percaturan jurulatih juga antara penyebab kepada prestasi terumbang ambing mereka di Piala Dunia kali ini.
***
Gua penuh bersemangat untuk menonton match pasukan feberet gua kali ini. Dengan andaian mereka menggunakan formasi 4-4-2 atau 4-3-3. Penjaga gol kekal milik Hugo Lloris dengan barisan pertahanan diketuai kapten Evra di sebelah kiri, Gallas dan Abidal dibahagian tengah dan di sebelah kanan Sagna. Di bahagian tengah, seandainya digunakan 3 pemain, Toulalan kental sebagai defensive. Manakala kiri dan kanan boleh diisi dengan Gourcuff dan Malouda. Bahagian serangan menjadi milik Henry di sebelah kiri dan Ribery serta Anelka di bahagian tengah serangan. Jika empat pemain di bahagian tengah, Ribery berkemungkinan kembali ke bahagian sayap kiri. Dan itulah apa yang gua rasa sesuai dipraktikkan ketika bertemu dengan Mexico.
Kali nie gua melayan di Khulafah belakang Shell. Tengok bahagian bawah kt tepi jalan sebab tempat duduk kat atas dah penuh. Di awal permainan, seimbang dengan saling berbalas serangan. Bahagian tengah berfungsi dengan baik walau kadang-kadang hantaran tidak tepat. Dan apa yang mengejutkan gua adalah perancang tengah, Yoann Gourcuff tidak dalam kesebelasan utama. Kalau nak diikutkan beliau bermain tidak la teruk semasa game pertama yang lepas. Untuk separuh masa pertama game seimbang dan Perancis tidak la seteruk mana.
Separuh masa kedua bermula dengan Mexico banyak merencana gerakan dan serangan. Pemain muda mereka, Dos Santos cukup cemerlang dengan beberapa percubaan bahaya ke gawang Perancis. Namun Lloris kentang mengawal gawang. Namun gol Mexico hadir apabila barisan pertahanan menyangka Hernandez berada dalam keadaan offside. Kesempatan hanya berdepan Lloris digunakan sepenuhnya untuk meledak gol pertama Mexico pada minit ke-64.
Kemudian Perancis gagal mengimbangi perlawanan dan pertukaran pemain yang tidak sepatutnya terus memburukkan lagi aksi Perancis. Kesilapan pertahanan tengah Abidal mengasari penyerang Pablo Barrera menghadiahkan sepakan penalti kepada Mexico. Pemain veteran Blanco mudah menewaskan Lloris untuk gol kedua Mexico seterusnya menyukarkan peluang Perancis untuk meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment