Gua semalam untuk 8 minit pertama gua tgk di rumah sementara menunggu rakan lama gua yang tak berapa minat dengan bola. untuk 7 minit pertama dilihat agak menggelabah sedikit barisan pertahanan terutama Sabree Abu yang gua rasa agak gementar, tetapi ketenangan Muslim Ahmad sedikit sebanyak melegakan kem Malaysia.
Bercakap mengenai Muslim Ahmad, gua meletakkan pemain ini antara yang terbaik di posisi pertahanan untuk kejohanan ini. Ketenangan dan kemampuan beliau membaca gerakan lawan harus dipuji. Selain dari peratusan kemenangan perebutan bola di udara yang bnyk memihak kepada pemain kelahiran Terengganu ini. Ternyata, semenjak menyertai kejohanan/liga di Slovakia memberi satu pengalaman berharga kepada pemain-pemain Harimau Muda (Bawah 21). Dan kalau kita lihat, aksi mereka dilihat matang dan ada peningkatan. Kalau kita lihat Fadzli Shas yang berusia 19 tahun, matang dalam mengekang asakan lawan.
Gua pertama kali melihat kelibat Muslim ketika beraksi untuk pasukan Harimau Muda yang pada ketika itu beraksi di Liga Perdana. Untuk musim tersebut mereka berjaya melayakkan diri ke Liga Super. Namun atas sebab-sebab tertentu, team masa depan ini dihantar ke Slovakia yang ternyata sedikit sebanyak membuahkan hasil walaupun ada kontroversi dan pelbagai masalah yang dihadapi.
Kecederaan pemain-pemain 'bintang', seterusnya membuka ruang kepada anak-anak muda ini untuk menonjolkan dan mempamerkan bakat mereka dan ternyata mereka juga konsisten dan mampu memberikan persembahan terbaik. Prospek ini haruslah dijaga dan diberi perhatian selain memberikan mereka beraksi lebih kerap bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam meningkatkan lagi keupayaan mereka.
Gua sampai agak lambat ke kopitiam The Bikers semalam menyebabkan terlepas untuk melihat Khairul Fahmi (penjaga gol muda negara) menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina. Gua hanya tengok 'highlight' dan 'replay' sahaja. Gua tepuk tangan untuk pemain muda ini yang tidak boleh dinafikan antara 'key player' yang membawa kejayaan kepada malaysia.
Apa yang gua harapkan, bintang muda perlu dan haruslah diberi perhatian, kasi mereka pendedahan sebagaimana yang terjadi kepada skuad Harimau Muda A. Hasilnya kita mampu merealisasikan untuk menakluk Asia, menjadi antara yang terbaik di Asia seterusnya melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kalinya. Anak-anak muda dan kanak-kanak seharusnya diberi perhatian, dedahkan mereka dengan bolasepak dan seterusnya anjurkan perlawanan dan liga kompetitif sejak dari awal usia, di peringkat sekolah rendah contohnya. Dengan itu tidak mustahil Malaysia mampu melangkah jauh dan bolasepak antarabangsa.